Terima Kasih Nuffnang!!!

calecia

Alhamdulilah, setelah hampir sebulan lebih menunggu akhirnya sampai jua cek daripada Nuffnang. RM65 (RM64.97) dalam masa 6 bulan mungkin bukan pencapaian yang hebat berbanding dengan blog2 hiburan, politik, atau blog2 otai yang sudah lama bertapak di dunia maya ini. Beratus atau beribu ringgit mungkin dijana dengan pelawat yang ramai. Namun, aku sekadar merendah diri dan tetap bersyukur dengan apa yang diperoleh. Terima kasih Nuffnang. Duit ni tak ke mana juga kerana dapat menebus balik kos pembelian domain dan hosting beberapa minggu lepas.

Nak dijadikan cerita, sejak tukar domain ni memang panas sedikit punggung. Hehe. Sindrom kekurangan pelawat memang dijangka lebih awal. Kalau blog dahulu paling tinggi pelawat mencecah 500 unique sehari, pengunjung dari enjian carian mendominasi, kini tak sampai 100 pun beb. Sedih2. Lagipun pengunjung dari enjin carian yang diharapkan untuk CPC and CPM ads. Aku menolak 100% fraud click, atau suruh kawan2 klikkan. Masa awal2 dahulu mungkin, tapi makin lama bimbang pendapatan yang diterima tidak halal kerana tidak jujur. So kalau korang nak klik, saya x kisah sebab saya tak paksa okek kawan2. Mungkin kena anjur contest dengan hadiah iPhone 3G 16Gb, Nikon D90, Sony Vaio CS RM30 baru dapat tarik visitor. Sape2 ada cadangan sila tinggalkan di ruangan komen ek. Jika idea anda bernas, fresh, dan boleh dilaksanakan, Insya Allah ada sedikit ole2 untuk anda. Read the rest of this entry »

Perlukah sampai hilang kawan?

flasher

Teringat isu yang cuba disentuh oleh kolumnis hiburan Siti Jarum dalam sisipan akhbar Mingguan Malaysia; Panca Indera terbitan 5 April 2009 (klik sini untuk baca). Dia ada mengupas mengenai artis2 yang bergiat dalam bisnes MLM dan terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan rakan mereka sendiri. Malah kalau berpeluang pun, masa digunakan untuk bercakap tentang duit. Bagaimana pun sasaran topik kali ni bukan artis, tetapi persekitaran kita sendiri yang mengalami keadaan serupa.

Aku percaya bahawa bukan dia sahaja yang mengalami keadaan ini, malah boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Malaysia yang tidak terlibat dalam MLM turut mendengar desas desus mengenai dunia kenalan mereka yang menyertai MLM. Siapa tidak kenal perniagaan Multi Level Marketing ini? Antara cara pantas mendapat kekayaan tanpa keperluan ijazah atau diploma. Hanya rajin dan bijak mempengaruhi orang, tak sampai setahun dah jadi jutawan. Sekaligus menjadi nanah dalam pemikiran remaja yang mahu mengejar kekayaan secepat mungkin. Read the rest of this entry »

Aku dah pindah. Oh yeah~

Baru siap mengecat

Salam sejahtera. Akhirnya blog aku berpindah rumah juga setelah sekian lama menumpang domain Suh. Pakej hosting daripada MyOnlineHoster dipilih  kerana… Hehe. Keputusan memiliki domain sendiri sudah lama sebenarnya namun terpaksa dibataskan atas faktor masa, kewangan, dan tugasan yang berlambak. Setelah seminggu barulah aku melancarkan sepenuhnya blog aku ini.

Terima kasih diucapkan kepada Suh sebab banyak memberi bantuan teknikal untuk penyelenggaraan blog baru aku ini. Bermain dengan cpanel dan database yang berada di luar kemahiran aku memang menyakitkan hati. Dia cool je melayan kerenah aku. Hehe. Tanpa Suh mungkin aku terpaksa burn entri2 terdahulu kerana banyak masalah timbul semasa proses mengimport backup xml ke platform wordpress yang baru.

Signifikasi

Mengapa ubey2u? Read the rest of this entry »

Percuma betul ke bang?

Aku yakin mesti ramai yang dapat emel daripada Google yang menawarkan kupon RM150 untuk pengiklanan percuma di Google Adwords. Kebetulan emel tersebut dihantar pada 1 April membuatkan aku tidak yakin dengan emel ini sama ada sahih, scam atau sekadar prank APril Fool. Seperti Plurk yang buat lawak bodoh kononnya ingin menutup perkhidmatan dan seperti dijangka semua pengguna Plurk tidak ubah dilanda banjir kilat. Ramai gak yang siap buat entri sedih dedikasi kepada Plurk, bimbang kehilangan kawan dsb. Aku pun percaya gak tapi lepas diteliti betul2 isi kandungan blog Plurk tersebut, baru tau rupanya ia adalah sekadar lawak2 orang kafir. Orang Islam tak sambut April Fool okek.

Berbalik kepada mamat Google tadi, ini emel tersebut Read the rest of this entry »

Sekali - sekala…

Alahai.. Nak sebulan blog ni bersawang. 3 entri terakhir terpaksa aku buang untuk mengelakkan percanggahan dengan tawaran masa hadapan. Seribu penghargaan kepada mereka yang tidak ragu2 dengan aku. Tidak lupa juga kepada mereka yang sekadar meninggalkan komen atau sebarang pertanyaan. Di situlah menjadi saksi terhadap kredibiliti yang aku cuba sampaikan.

Banyak betul masalah yang menimpa sejak akhir2 ini. Mood untuk blogging hilang. Mati terus. Satu demi satu perkara terpaksa ditempuhi. Selesai satu, wujud pula masalah lain. Ya, manusia tidak dapat lari dari masalah. Tapi kadang2, ia amat menyakitkan. Menanggung beban yang diketahui jangka hayatnya dan berterusan. Orang melihat sebagai tanggungjawab. Tidak dinafikan. Yup. Menghormati pandangan mereka. Cuma bagaimana aku mendefinisikan, sekaligus memahami bagaimana aku menanganinya.

Serabut…

Sakit…

Tension….

Ape lg ek…

Arghhh….

Sedang asyik termenung ditemani otak yang kacau bilau ini, tiba2 terima SMS dari seseorang. Read the rest of this entry »