Tak Salah Berkain Pelikat, Tapi…

pelikat

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Banyak perkara2 di dunia mengajar kita sama ada sedar atau tidak. Kadang2 kita tak perasan dengan mata kasar tetapi jika diulang2 banyak kali secara tak langsung ianya sebati dengan minda separa sedar (subconscious mind) dan sekaligus menjadi tabiat kita (berdasarkan teori subliminal) . Sama ada kita bersedia atau tidak, ia tetap di luar kawalan kita jika ditakdirkan akan berlaku. Maka berlakulah ia.

Apa yang mengajar aku kali ini? Al Kisah aku memang penggemar kain pelikat. Sehari tanpa pelikat adalah mustahil. Malah memakai kain pelikat sahaja tatkala angin petang menghembus sambil bergurau senda dengan isteri amat menyeronokkan (dongeng). Keselesaan berkain pelikat sukar digambarkan dengan kata2. Cuma aku hairan kenapa perempuan2 suka merenung lelaki berkain pelikat. Paling kurang pun mesti pandang sekilas kemudian berpura2 tidak nampak. Lebih2 lagi kalau lelaki pakai pelikat masa ketika lunch di cafe. Apa kamu renung sebenarnya? Boleh sesiapa tolong jawab?

Pada suatu malam, aku seperti biasa hanya memakai ’suit formal’ tersebut kalau tiada aktiviti2 di luar. Nak dipendekkan cerita,  dek kerana berkain pelikat sahaja maka poket ala Doraemon (simpulan kain) akan muncul dengan sendirinya. Disitulah menjadi tempat penyimpanan berbagai2 data seperti lighter, rokok, handphone, kertas dan sebagainya. Kebetulan ketika itu poket Doramonku kosong tidak digunakan. Tidak lama kemudian aku pergi ke bilik sebelah untuk beramah mesra. Atau sebenarnya menjamah makanan yang baru dibeli oleh beliau. Dan sebagai tanda terima kasih aku pun belanja sebatang Winston kepada beliau.

Selesai sesi terapi asap, aku bersiap2 untuk mengundurkan diri dari bilik beliau. Mujurlah beliau teringat akan hutang sebanyak RM10 yang beliau masih belum langsai. Ok. Dua keping not RM5 diterima dengan tangan terbuka dan disimpan di dalam poket Doraemon. Lihat. Walaupun hanya sepasang kain tetapi mempunyai banyak kelebihan termasuklah melindungi aurat, menjamin keselesaan, sekuriti, dan tidak mencurigakan pihak musuh. Dalam perjalanan menuju ke bilik aku, tiba2 aku mengubah destinasi secara refleks. Demi menyahut panggilan alam, aku segera bergegas ke tandas. Beberapa minit kemudian aku kembali ke bilik dan menyambung kerja2 yang masih terbengkalai.

Selang satu jam, aku seperti biasa akan membetulkan pelikat agar kelihatan lebih kemas dan menarik. Ketika itu juga poket Doraemon diperiksa dengan teliti bimbang data2 yang mungkin terlepas pandang. Aku panik! Dapat merasakan kehilangan sesuatu yang bernilai, Sesuatu yang ditunggu sejak dua minggu lepas. Ya Allah. Tak sampai dua minit sahaja aku sempat rasa. Berlari ke tandas walaupun aku tahu kepingan2 wang tersebut tak akan timbul kembali setelah di flushed beberapa kali dalam masa satu jam. Aku tetap mengharapkan keajaiban yang tak mungkin akan berlaku. Kecewa sangat.

Aku tak sanggup mengorek lubang jamban semata2 nak dapatkan kembali duit yang jatuh ke dalamnya. Apa silap aku? Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mungkin aku leka sangat sampai tak sedar duit yang jatuh ke dalam lubang jamban. RM10 bukan sedikit. Banyak tu. Sebagai pengajaran, jangan sesekali simpan duit dicelah2 kan pelikat anda. Atau secara sinisnya, walau sehebat bagaimana pun ciri2 keselamatan dan teknologi yang digembar-gemburkan; masih tidak dapat melawan kuasa alam selagi diizinkanNYA.

sarongs3

p/s - Tak tahu mana poket Doraemon? Tu gambar segmen akhir, simpulan kain pelikat itu, di kawasan perut. Selitlah lagi duit kat situ

p/ss - Perempuan pun ada poket Doraemon. hehe. :oops: :oops: :oops:

Jawapan dari kaum2 wanita pada (rujuk perenggan kedua) - akan diupdated setiap masa

  1. Fatin Fauzi - Nampak baik dan seksi
  2. Lampu Neon - Kemas dan menggiurkan
  3. Kak Ain - Senang masuk angin
  4. Alyaa - Nampak baik dan bimbang kain terlucut
  5. Crescent - Sejuk mata memandang (siap buat entri khas lagi >> KLIK SINI)
  6. Ryehana - Tak seksi tapi COMEL
  7. TheAis - Seksi
  8. CintaCukulet - Nampak alim
  9. Sufiyyah - MACHO
  10. Aneiyh - mcm laksamana sunan~
  11. Milimilo - nampak baik dan suciiii

Entri rawak

123 Comments

TieMay 7th, 2009 at 8:27 am

Entry untuk berkain batik ada tak ??

Mokcik ni tak pandai2 nak pakai lagi, hu hu…. :oops:

Tie’s last blog post..Letih

[Reply]

ubey Reply:

haha. kain batik x pnah pakai lg kak~ tunggu ade bini esok luse br try. phtu sy wt entri tersebut ok :roll:

[Reply]

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO Reply:

*ak nk jawapan ak dok kt atas2…gipang skit*

kain pelekat … ish , baju kurung kosong dengan kain pelekat b’getah ak pnh r pki …

fesyen kata kn … igt org laki jerk blh pki kain pelekat ??? pompuan leh gak lah … haha

tp ak jarang b’baju kurung @ b’kain batik … yg b’kain2 nih x men r dgn ak …

bkn apa , sng ak mahu kasi tendangan jurus dewa halilintar kt adk2 ak nnt bila b’suor

hehe

pki baju kurung pn sbb t’paksa … kt kampus ak , klu x pki baju kurung hr isn & jumaat , kena saman beb … x koser ak nk kuor duit puluh2 utk byr saman … RM10 pn ko dh rs syg , ak lg lh … dh lh kuat b’kira ak nih

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO’s last blog post..kAKi …

[Reply]

ubey Reply:

haha. pakai kain batik seksi. susuk tubuh bahagian kaki terbentuk. perghh

p/s - mane ade jawapan. ko duk sembang ttg diri ko kot. haha

Fatin PauziMay 7th, 2009 at 12:18 pm

“Malah memakai kain pelikat sahaja tatkala angin petang menghembus sambil bergurau senda dengan isteri amat menyeronokkan (dongeng).”

Haha. angan2 yang xleh blah dongeng. :mrgreen:

Aku suke tgk orang laki pakai kain pelikat sebab nampk cam baik je, leh harap je. And, one more, seksi!. ngeee….

[Reply]

topo Reply:

seksi? hahahahah

[Reply]

ubey Reply:

haha. tgk tu patin. topo da menggatal.

doakan dongeng aku jd realiti

[Reply]

si lampu neonMay 7th, 2009 at 1:38 pm

Tidak lama kemudian aku pergi ke bilik sebelah untuk beramah mesra. Atau sebenarnya menjamah makanan yang baru dibeli oleh beliau.<<<<<<<<<<<<<_______________

inilah sikap lelaki yang mmg tak pernah tak jamah makanan org oke!!!
hahahahah
duit selit kat ketiak je la…
anyway aku takpernah tau orglelaki simpankat doremon tu hahahaha
sekarang baru tahu hahahaha

aku suke orgpakai kain pelikat sebab :
nampak kemas, menggiurkan, kengkadang boleh jadi selekeh dan tak menyelerakan..(depends)
hahahah :oops: :oops: :oops: :oops: :oops:

[Reply]

ubey Reply:

haha. tu la nama sahabat. saling membantu antara satu sama lain.

itu ceti wak~ kepit duit celah ketiak. ko kepit kt ne? hahaha. xkan xde poket sembunyi?

[Reply]

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO Reply:

neo , mulut V b’kain pelekat x ???

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO’s last blog post..kAKi …

[Reply]

si lampu neon Reply:

waaaaaaaaaa mulut v tak reti kain pelikat =( aku sedih……. but..fair ah, au pon tak reti kain batik hahahahaha even baju kelawar pon tak reti hahahaaha :ban: :ban: :ban: :stupid:

[Reply]

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO Reply:

sm r kita …
huhu …

ak dh mls nk on9 kottt

msk U t br ak aktif blk

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO’s last blog post..LePaS GeRaM …

ubey Reply:

huhu. lame lg tu. 2 minggu lagi. ni ko no9 cmne

ainMay 7th, 2009 at 1:55 pm

“kain pelekat..la la la la
kain pelekat.. la la la la”

teringat lagu anuar zain..kalau time kau pakai smbil nyanyi lagu tu mesti cute gle..hahaha

pd aku, pakai kain pelekat lg memudahkn pempuan mcm mak aku membasuh pakaian kot.. kalau pakai jeans tu, dah la berat..lg kalau spin rosak..saket tgn nk perah..kain pelekat senang..cept kering..xpyh spin pn xpe..haha

bapak aku time raya, suka pakai baju melayu dgn kain pelekat..xtau nape..sng masuk angin kot..
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

ain’s last blog post..Anugerah Blogger Popular (ABP)

[Reply]

ubey Reply:

betul2. sume aku setuju. haha. aku gi semayang raye pn pakai bj melayu ngn pelikat. nikmat x terkira. angin sepoi2 bahasa~

[Reply]

ain Reply:

” Kak Ain - Senang masuk angin”
pesal kau letak?
haha..malu betol aku..
aku kalu dberi peluang pn, mmg suka pakai kain kt rmh..sejuk jek..hohhoo..
tp bkn kain batik la, aku xpndai ikat..konfem melurut jek..

tp skrg ni lg selesa pkai seluar, nk main lompat2 kt rmh pn selamat..xde la lucut kain nnt..

ain’s last blog post..Anugerah Blogger Popular (ABP)

[Reply]

ubey Reply:

hahaha, pakai la tali pinggang beb. xkan lucut.

erk~ x reti pakai kain batik ke. ehem2. meh aku tulum ajar

ain Reply:

boley2.. (bloye bla..haha)
kau ajar, aku bg upah rm10..
ganti duet kau yg ilang dlm lubang jamban..
hoho..

baik aku blaja ngan mak aku..
tp mak aku pn xske sgt pkai kain batik..

ain’s last blog post..Selamat Hri Ibu buat Ibu-ibuku..

ubey Reply:

hahaha. kedekut ko.

meh la. aku wt kelas kain batik. khas utk perempuan belum berkahwin sahaja

menteilMay 7th, 2009 at 2:12 pm

haha… lawak pulak aku baca..

psstt.. aku pon suka simpan barang kat kain pelikat nie..
tapi aku tak paham sangat ko punya poket doremon tu…

kalau aku.. simpan duit kat simpulan tu.. selamat sket..

[Reply]

ubey Reply:

aaa. ak da edit balik. poket doraemon tu la simpulan tu. hehe. mmg selamat. tapi mase nk betul2 kan kain. adoi~ tarjatuh duit

[Reply]

AkiraMay 7th, 2009 at 2:12 pm

hahaha.. kain pelikat ak gne nk solat je :P

Akira’s last blog post..Infection Test (Conficker Eye Chart)

[Reply]

ubey Reply:

huhu~ aku solat gune kain lain. utk aktivti harian kain lain lak

[Reply]

topoMay 7th, 2009 at 2:22 pm

hohoho uniform kita sama beb.. hahaha poket doremon tu memang aku gunakan setap waktu.. cuma bezanya aku tak pernah pergi toilet pakai uniform tu beb.. hohoh uniform tu terlalau suci utk ke toilet.. ahahhaahh

kepada gadis2 betul ke pakai kai pelikat ni seksi? hahaha

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. uniform aku byk beb. untuk solat, untuk lepak, untuk tido. ko mesti teruja ni. ramai pompuan ckp pelikat itu seksi

[Reply]

limaumaniss Reply:

seksikah?tang mana seksinya tuh?hehehheh :lol:

limaumaniss’s last blog post..100th entry???

[Reply]

ubey Reply:

hehe. tersembunyi. bak mutiara dicelah tiram

[Reply]

yayaMay 7th, 2009 at 2:26 pm

hensem model nya…

terkesima saya..

yaya’s last blog post..Aku takde point…

[Reply]

ubey Reply:

jgn yaya. datuk org tu. kang marah datin

[Reply]

aLYaaMay 7th, 2009 at 2:27 pm

seksi?keh3

yekot..sbb angin ley masuk..

kdg2 takut pelikat korang tu terlucut..huhu

1 lg btol la,nmpk baek..lelaki melayu terakhir..cam gitu la..

haahahaha

[Reply]

topo Reply:

percayalah.. ianya diperakui oleh sirim.. hohoh memang confirm x terlucut punye la.. hohoho

[Reply]

aLYaa Reply:

wakakak..ye ke xkan terlucut?mane la tawu..
hoho

[Reply]

ubey Reply:

haha. suh topo upload video dia pakai pelikat

rohaizadMay 7th, 2009 at 2:52 pm

Artikel ini betul-betul mengingatkan aku pada satu entri yang aku terbitkan pada bulan 11 tahun lepas. Sebab artikel itu ada menyelitkan KISAH BENAR tentang kelebihan kain pelikat. Jemputlah membacanya:
http://www.rohaizad.com/2008/11/12/cerita-yang-ingin-aku-ceritakan/

p/s: Banyak lagi “rahsia” kain pelikat yang orang tak tahu…. huhuhuhu :roll:

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. kisah benar2.jom sume pakat bace. ak siyes teruja ngn cerita dia

[Reply]

Mr.BintangMay 7th, 2009 at 4:24 pm

aku pakai kain batik jew… hehehee…

Mr.Bintang’s last blog post..Teman Lama

[Reply]

ubey Reply:

haha. aku tarik gak kan kain ko fizz

[Reply]

aisyahMay 7th, 2009 at 7:18 pm

haha..
saje2 melayang dwet camtu..

aisyah’s last blog post..9 : Ais Kacang | Jagung Lebeh ye.

[Reply]

ubey Reply:

xde rezeki. adess. klu ko nak share apa salahnya,, haha

[Reply]

crescentMay 7th, 2009 at 8:15 pm

waa kain pelikat..
cam cite kat plurk dulu jek..

aku mmg suke nengok laki berpelikat ni sebab..

aku suka ah!
sebok nape? :lol:
hahaha

sejuk mata memandang la..
laki yg x ensem jadik ensem di mata :lol:
bleh cairr woo! :P

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. aku x cite detail. baik masuk cni.

mmm. asal sejuk tika? ape yg ko pandg akceli? haha :?:

[Reply]

crescent Reply:

ape yg aku pandang?
hmm..soalan apekah?! hahaha

ko ni..
aku kan da pena gitau..
pi gune teknik imbas kembali
wakakaka

crescent’s last blog post..Aku terpesong jauh

[Reply]

ubey Reply:

aaa. damn2. baru aku teringat. malam tika aku usaha nak menggatal ko. adoi. haha. aku akan ingat nostalgia ituu :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

crescent Reply:

haha entry khas..wakaka

crescent’s last blog post..Keluar meronda

aloneMay 8th, 2009 at 12:15 am

kain pelikat penting ketika anda mahu tidur. hehe :mrgreen:

alone’s last blog post..mohdismail.net : A Review

[Reply]

ubey Reply:

aaa. jangan sampai terselak sudah. ‘adik’ x sihat tu

[Reply]

otai kain pelikatMay 8th, 2009 at 1:47 am

kehadapan saudara ubey,

aku tgh pakai kain plikat masa baca post ni. aku pun mmg suka sgt dgn kain plikat. pantang duduk umah mmg aku pakai kain plikat jer.dulu aku pun ikat kain plikat mcm dlm gambar kat atas tu. tapi skarang da lain. aku suka pakai kain pelikat lama. kalau yg baru x best, kasar, gatal. kain pelikat aku biasanya mak aku yg beli. semuanya cap gajh duduk.

[Reply]

ubey Reply:

kehadapan otai kain pelikat,

haha. aku bangga ngn ko. pengetahuan detail tu tentg pelikat. klu pelikat baru nk jd lembut mudah je. ko pakai selalu phtu cuci selalu. tak sampai seminggu mesti da lembut. kah3. cap gajah duduk mahal beb :P

[Reply]

JawsMay 8th, 2009 at 1:52 am

hahaha..
lawaklaa cerita ko…
bagus gak benda ni..
aku selalu buat dulu..
skang aku lebih gemar berboxer sahaja..
tapi memang bahaya kalo tak kene cara menyimpan data dalam tuh..
hehe,,,
sebb tuh aku jarang melakukannya..
tapi serius best cara penulisan ko..
ko leh jadi penulis yg lawak.. :lol: :lol: :lol:

Jaws’s last blog post..I am a YesMan!!

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. boxer aku x banyak la. banyak wt gi kelas. pelikat gak selesa. haha. tak mengganggu ‘adik’. lgpun boxer xde storage n file hosting. haha

aku menulis ikut mood. haha. lawak2 lelaki tu suke ah. bnd lain aku x reti :mrgreen:

[Reply]

menteil Reply:

hahaha… betul2…
kain pelikat boleh menberi pengudaraan yang baik untuk keselesaan adik… *guling2..

menteil’s last blog post..Awek Baju Merah Itu

[Reply]

PakweHensem Reply:

hahaha sokong memang selesa adik memamakai kain pelikat ni… :lol:

PakweHensem’s last blog post..Tuala Wanita Dan Haid

ubey Reply:

oi oi.. ape ni sebut2 ‘adik’. haha. kang segan pompuan nak bace

FtnFthMay 8th, 2009 at 3:22 am

:lol:

poket wanita?
Bwahahaha!

[Reply]

ubey Reply:

:lol: :lol: :lol: makcik2 kat kampung gitu la. mane tau bdk2 zmn skrg amal gtu gak

[Reply]

adolMay 8th, 2009 at 8:04 am

huhuu/.. lebur rm10…

[Reply]

ubey Reply:

huuu. banyak tu rm10. aku frust gle

[Reply]

AdryMay 8th, 2009 at 9:18 am

aku pun suka berkain pelikat… especially bila pg masjid…

pengudaraan baik untuk adik??!! hahahahaha…

Adry’s last blog post..What’s New in Tawau??

[Reply]

ubey Reply:

hahahhaha. ya betul. ramai lelaki setuju

[Reply]

PakweHensemMay 8th, 2009 at 12:22 pm

hahahah memang tak boleh blah entry ni.. tapi memang seronok berkain pelikat ni..

[Reply]

ubey Reply:

haha. seronok ke.. aku x pnah rase seronok pakai kain pelikat. selesa ade ah :lol:

[Reply]

azizan4444May 8th, 2009 at 4:52 pm

ni la pakaian rasmi aku kt umah klu x kua jejln..
muahaha

azizan4444’s last blog post..Lelaki, Pink Dan Bola Sepak

[Reply]

ubey Reply:

muaha. welkam to da club!

[Reply]

AzahMay 8th, 2009 at 5:54 pm

berapa bayar upah model kt ats tu?

:lol:

Azah’s last blog post..Opocot Mak Engkau!

[Reply]

ubey Reply:

hehe. hasil curi dari google

[Reply]

si lampu neonMay 8th, 2009 at 5:57 pm

apesal jawapan aku je yang cam…*tett hahaahahah

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. mengikut pengalaman a :megaman: ku spam shoutmix ko. *tett

[Reply]

si lampu neon Reply:

jijik sgt ke *tett aku tu…weweh ajar aku nak ikat kain batik leh? i tak reti la nyahhh :cuss: :cuss: :cuckoo: :cuckoo: :cuckoo: :cuckoo:

[Reply]

RyehanaMay 8th, 2009 at 6:24 pm

Seksi ke pakai kain pelikat??? ermmm mcm tak je!

tp kalau kwn2 lelaki aku pakai kain pelikat, mmg aku usya semcm jelah. 1st, sbb jarang gila nmpk budak2 tu pakai kain pelikat (geng2 ganas semuanya). So, mmg aku mcm pelik gila la… hohoh (maybe jgk adik2 lelaki aku lbh senang pakai boxer je kat umah kot.. so jrg nampak lelaki muda2 berkain pelikat. selalu nmpk pakcik2 tua je).

Pendapat aku la kan, takde la nampak seksi.

Tapi, COMEL!! hahahaha (hanya tertakluk kepada lelaki muda remaja, kalo pokcik2 pakai kain, xdelah comel. dah besa dh tgk. :lol: )

[Reply]

ubey Reply:

argh~ comel tu. haha.

mm. kadang2 diorang pakai kat bilik. so kaum2 ko x nmpak la. :pacman:

kena ajar anak2 nti. biar mereka sentiasa dalam keadaan selesa dan masih menutup aurat

[Reply]

hazman aka species1980May 8th, 2009 at 8:33 pm

Pemakaian kain pelikat mesti diteruskan sampai bila2x…..aku layan brand GAJAH DUDUK….

hazman aka species1980’s last blog post..TEKNIK hilangkan NERVOUS @ gementar

[Reply]

ubey Reply:

aku pun.. untuk official event baru pakai pelikat tu. kalau nak wt saje2 gune yg murah2 je :shiftyeyes:

[Reply]

kisahsensasiMay 8th, 2009 at 8:37 pm

Aku rasa kebanyakan lelaki memang senang pakai kain pelikat…..tapi masih ade golongan wanita yang kekok pakai kain batik walaupun dah ada famili sendiri…. betul tak ?

kisahsensasi’s last blog post..Ibu pam anak ke dalam tandas

[Reply]

ubey Reply:

aaa. betul2. lebih2 lg kalau kt bandar2 tu. kain batik terengganu je diorang layan. kain batik biase2 campak kat ne tah. xkan diorg xde kain basahan? haram tu pompuan mandil bogel. :thumbdown:

[Reply]

tehaisMay 8th, 2009 at 10:21 pm

Laki pakai kain pelikat nmpak sexy!! muahaha

[Reply]

ubey Reply:

haha. ikhlaskah? euwww :satansmoking:

[Reply]

senapangMay 8th, 2009 at 11:48 pm

klu ko jd kan aku sebagai model ikat kain pelikat tu lg bagus aku rasa…sbb aku seksi+seksa..wkakakaka :lol:

senapang’s last blog post..Aku dpt keje…. :)

[Reply]

ubey Reply:

haha. jap2. aku call agensi iklan.

[Reply]

boboizMay 9th, 2009 at 12:01 am

boboiz nye kain pelekat semua nampak baru lagi..jarang sgt pakai..asik pakaiseluar pendek je malam2..huhu

[Reply]

ubey Reply:

owh. hehe. aku siang2 je boxer. malam2 diabadikan dengan pelikat

[Reply]

cinta cukuletMay 9th, 2009 at 12:18 pm

lelaki pakai kain pelikat ni nampak baik..alim je..otomatik mesti terfikir..uihh mesti dia ni lepas solat..(lebih2 lagi kalau ada kopiah atas kepala) hihihi

[Reply]

ubey Reply:

haha. aa. kalau pakai pelikat. mudah sket nk solat. terus amik wuduk. kalau pakai boxer saja kadang2 cabaran tinggi sket. solat tetap solat. tapi kot2 lewat la. leceh nak tukar2. lengah2 lagi

[Reply]

loqMay 9th, 2009 at 4:30 pm

perempuan ade poket doremon?
kat mane tu?
wakakaka

loq’s last blog post..Blog Azwan Ali memang bangang!

[Reply]

ubey Reply:

haha. orang2 tua kampung gune tu je. selamat dan terjamin kualiti

[Reply]

sufiyyahMay 9th, 2009 at 4:56 pm

haha.
agaknye perempuan2 itu merenung, mungkin, “oh, ‘macho’ gak lelaki pakai kain pelikat rupanya.”
sebab dah jarang kan ada ‘lelaki Melayu’. dah ramai yang pakai seluar ketat2, koyak rabak dan
lain-lain. he.

agaknye yang buat2 / pura2 tak nampak tu, nak jaga pandangan. he.
:mrgreen:

[Reply]

ubey Reply:

haha. alasan2 berkualiti. ni jawapan dari mujahidah sejati

[Reply]

sufiyyahMay 9th, 2009 at 4:58 pm

dah xde smiley hijau tuh. :shake:

[Reply]

ubey Reply:

:cuckoo: :cuss: :shake: :turtle: :1up: :sick: pilih yah. byk tuhh

[Reply]

zamzMay 11th, 2009 at 12:22 am

aku bukan takat duit..mcm2 bleh simpan kat situ..termasukla henpon hehe

[Reply]

ubey Reply:

haha. klu enpon besar mcm engage x muat dowh

[Reply]

Active BloggerMay 11th, 2009 at 12:29 am

hehe aku tak minat pakai kain pelekat…masa kat U dulu pun pakai masa nak solat kat bilik jek… :spammer:
Active Blogger’s last blog post..Nombor Pin Google Adsense Aku Dah Sampai

[Reply]

ubey Reply:

huuu.. tu ah. ramai gak member2 aku pakai pelikat utk semayang je

[Reply]

AmirezMay 11th, 2009 at 9:18 am

memang best pakai kain pelikat.
masa belajar dulu selamba je pakai kain pelikat ke cafe..tp waktu malam eheh.
pegi pasaraya pun pakai kain pelikat..pun waktu malam..dgn tok imam.
selesa pakai kain pelikat mlm2 neh haha

[Reply]

ubey Reply:

hhaha. x berani siang2? klu kain nipis tembus cahaya, bahaya pakai. aku ad kisah lampau yg dahsyat. :rant:

[Reply]

moonieMay 11th, 2009 at 12:43 pm

haahaa dah xderk rezkie seme leh jadik..

aku suker laki pakai kain pelekat..lalala

moonie’s last blog post..aku tensi !

[Reply]

ubey Reply:

yup. sedih gak 2-3 ari. pahtu redha je. nk wt cmne~ :goombah: suke ek?

[Reply]

KampungBoyMay 11th, 2009 at 1:59 pm

Kalau pakai kain batik masa tidur
susah woo……
kena pasang solex
baru selamat

[Reply]

ubey Reply:

haha. ikat kt kaki kain tu. tkut mlm2 tdo, bangun pagi kat ujung pintu kain pelikat. tuan tgh baring atas katil

[Reply]

hydirMay 11th, 2009 at 4:57 pm

hoho .. kain pelikat
aku penah gi supermarket pakai kain pelikat jer
baru balik mandi sungai .. selambadak jer masuk supermarket beli air ..
pak guard tgk n jeling gak ..

tp buat donno jer ler.. hoho ..

[Reply]

ubey Reply:

haha. basah kot mse tu? phtu berbekas. pak gad pn tgk je. haha

[Reply]

ieshaMay 11th, 2009 at 5:49 pm

xseksila pakai kain pelikat, biasa je.
agknya sbb tu abgku yg 1st tak penah berkain pelikat. haha c[:

[Reply]

ubey Reply:

ish.. hehe. tgk kt tv mmg x seksi. kena live depan mate .mst ko geram

[Reply]

Pertzyana DMQMay 11th, 2009 at 6:28 pm

aku rasa lama dah x tengok muda mudi (lelaki) berkain pelikat serius! :oogle: kecuali bapak aku haha. Kalo ada lalu depan aku konfirm aku tengok puas2 haha

p/s suka tengok org pakai seluar men bola seksi huhu

Pertzyana DMQ’s last blog post..Temuduga Terbuka Jawatan Kosong di Kementerian Pelajaran Malaysia

[Reply]

ubey Reply:

berpeluh2. berurat. ko suke ah. haha. tu gmbo pakcik tu. tgk puas2

[Reply]

KujieMay 12th, 2009 at 2:39 pm

berapa helai ada?
tiap kali raya je kot beli?

lelaki berkain pelikat , ok je
cuma jarang sgt nak nampak skrg ni

[Reply]

ubey Reply:

x byk sgt. 10 je :oogle:
mase raya murah gle kt wafac che yeh.
hehe. sekali beli mu angkut 3 elai sorang

[Reply]

son of red devilMay 12th, 2009 at 8:17 pm

so so so so bored this page…suck…

[Reply]

ubey Reply:

yeah. huuhuu~

[Reply]

qieynah cunMay 13th, 2009 at 7:43 pm

aku lagi geram bila ubey yg pkai kain pelikat…..terasa nak…….hurmmm….xjadi komen…

[Reply]

ubey Reply:

natam mu. haha. mu lepas je kinah. aku terima ngn terbuka

[Reply]

aineyhMay 13th, 2009 at 11:40 pm

teigt2 laksamana sunan klu tgk yg bkain pelikat..lol~ :smirk:

[Reply]

ubey Reply:

haha. suke bace novel ko ni

[Reply]

milimiloMay 17th, 2009 at 7:06 am

hoho..xsangka kain pelikat pun ada poket doraemon..aku suka tengok budak2 laki pakai kain pelikat pegi solat jumaat n balik tu lepak di cafe..even muka ganas macamana pun,bile nmpk die balik solat jumaat n pakai kain pelikat tu, nmpk tenang n suci mungkin.. :)

milimilo’s last blog post..STICKY MODE - announcement # 2

[Reply]

ubey Reply:

haha, bukan mungkin. tapi memang suci. bukan kain peikat sj. kain batik pn same kak. :cuckoo: :cuckoo:

[Reply]

hasniMay 21st, 2009 at 1:45 pm

hukhuk
apa punya pelupa la…
leka sngt mnyahut seruan alam
haha

hasni’s last blog post..this is sticky mode entry

[Reply]

ubey Reply:

haha. bukan2 semasa menyahut. tp selepas okek

[Reply]

hasniJune 10th, 2009 at 3:03 pm

ubey
lp nk ckp
lelaki berkain pelekat ni
napak sngt comel
haha

hasni’s last blog post..this is sticky mode entry

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. comey~ adess. malu ubey

[Reply]

MidieJune 10th, 2009 at 3:22 pm

skrang susah nak tgk org berpelikat esp org mude2. diorang lebih sue suar pendek…ni berdasarkan pandangan aku pada persekitaran aku la…maybe aku dok bandar kot. hehe…

[Reply]

ubey Reply:

yup. hehe. tu mayb antara faktor. kdg2 diorang pakai tp utk smyg je. x guna sokmo

[Reply]

ayuJune 11th, 2009 at 4:19 pm

:smirk:
duk hostel masa skola menengah slalu nmpak..
hehe..
sy suke la tgok laki berkain pelekat..hahahaha
seksi + macho..ehehe…

[Reply]

ubey Reply:

hoho. sume ckp seksi~ lari niat lak pakai pelikat. haha

[Reply]

eira shazieraDecember 31st, 2009 at 9:54 am

eira suke sgt tgk lelaki pkai boxer..awww sexy u..cam ada sesuatu yg ‘mengancam’ jew kat dlm tu..nk pkai kain pelekat ok gak u oalsss tp syaratnya lelaki tu harus hencem dan berbadan mantap gtew plg best belenging x bebaju pula..awww!!! klu yg berwajah sendu nan ‘ado’ lupekan ajelah wokey????boleh mengundang rasa geli mak pada tahap cipan gtew…klu yg taste baru mengancam jiwa gelora kepondanan dlm diriku itewww…

[Reply]

Leave a comment

Your comment

:1up: :alert: :ban: :beer: :borg: :coffee: :cuckoo: :cuss: :finger: :goombah: :stupid: :megaman: :mad: :pity: :noshake: :oogle: :pacman: :pill: :poison: :poop: :rant: :satansmoking: :shake: :shiftyeyes: :shroom: :sick: :smirk: :spammer: :stfu: :thumbdown: :thumbup: :turtle: :what: :whatever: