Pangkor 2009

Pada 14 Februari lepas, diadakan satu reunion kecil-kecilan bekas pelajar SESTER  di Pangkor. Fasa awal kononnya tertumpu kepada mereka yang berada di utara semenanjung Malaysia tetapi banyak masalah percanggahan masa, pengangkutan, kewangan, dll (alasan je..). Jadi tumpuan teralih kepada penuntut di UTP dan seorang warga MMU, Zeri. Namun begitu, sekali lagi kononnya aktiviti ini diadakan bersama kaum perempuan tetapi tak menjadi ekoran Adawiyah lebih pentingkan group discussion daripada pertemuan empat mata dengan kawan sekolah yang lama (aku sebut nama kau ni. hahaha). Naqiah pun dengan halus menolak aktiviti ini. Begitu juga beberapa orang yang sibuk dengan event kampus membuatkan kami sedikit terkilan. Akhirnya aku, zeri, juwe, jimi, pali, dan hekal sahaja yang tetap meneruskan mini-reunion ala Suvivor di Pangkor.

Kami berlima menyewa kereta Abang Zali di Pangkor manakala Jimi meminjam Panther Suzuki roommate beliau. Bajet nak show off motor 150cc tersebut di Pangkor tetapi malangnya menjadi kutukan warga pulau tersebut kerana deruan ekzos yang terlampau kuat sehingga bunyi melangkaui satu pulau. Dahla nak naik feri kena caj lebih. Malang kau Jimi, malang. Kami ke Pangkor bukan seperti pelancong lain yang mahu menikmati keindahan alam di sana. Sebaliknya lebih ke arah mencari port mengail di serata Malaysia. Misi kami kali ini adalah ‘mencandat sotong di Pangkor sehingga pagi’ dan sudah tentu tidur dalam khemah di tepi pantai. Patut pun budak perempuan menolak untuk turut serta. Haha

Setelah 40 minit perjalanan feri dari Lumut ke Pangkor, pada pukul 7:15 kami tiba dengan selamat. Ketibaan kami di sana disambut dengan pelbagai brother2 penyewa kereta yang setia menunggu di jeti. Akhirnya kami memilih untuk menyewa kereta Satria Abang Zali kerana beliau seorang yang amat peramah dan mahir mencari port mengail di Pangkor. Selain itu beliau juga bersetuju untuk turut bersama kami mengail ikan pada malam tersebut. Kami berehat seketika untuk solat, makan malam dan meronda di sekitar kawasan tersebut; Taluk Gadong. Seperti yang telah diberitahu, motor yang dinaiki Jimi mengganggu keindahan malam di pulau tersebut. Boleh bayang tak bunyi ekzos 150cc yang pecah di pulau yang kecil?

Pada pukul 11 setengah malam, kami dibawa ke tempat yang selalu digunakan oleh Abang Zali untuk memancing ikan. Beliau juga sempat mengajar kami cara untuk mencandat sotong. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana kehadiran kami ke Pangkor tidak disia-siakan. Banyak ilmu memancing diperturunkan kepada kami pada malam tersebut. Agak boleh tahan tangkapan kami setelah beberapa sotong dan ikan yang berjaya dibawa naik. Nak dijadikan cerita, ketika kami leka memancing tiba2 suara nyalakan seperti anjing bersahutan nun jauh di pondok usang hujung pulau. Mustahil serigala kerana suara tersebut di hilir pulau. Kalau anjing, tak pasti sama ada wujud anjing liar yang bergerak dalam satu kumpulan besar dan aktif pada waktu malam. Untuk mengelakkan sebarang kejadian, kami sekadar berdiam diri dan meneruskan misi kami.

Pada pukul 4 pagi kami mula berkemas dan menuju ke pantai untuk BBQ ayam serta hasil tangkapan seperti sotong, ikan bawal, kekisi, dan ikan kembung. Percutian modal rendah kami tidak harus dipandang remeh. Seperti dalam siri Survivor kerana banyak menggunakan faktor persekitaran untuk meneruskan hidup. Pasir dikorek sedikit dalam untuk membakar arang dan besi pencucuk khemah digunakan sebagai alat pemanggang. Idea bernas yang berkaliber ini dicadangkan oleh Zeri. Jimi membuat beberapa aksi bodoh kerana memasukkan semua arang serta membakar sebanyak mungkin tiub tayar untuk menghidupkan api. Tidak cukup dengan itu, beliau meniup bara dengan gaya yang salah sehingga percikan api mengenai tubuh separuh bogel kami. Ketepikan beliau, Pali dan Juwe yang mengambil alih tugas tersebut

Pada awalnya Zeri kelihatan seperti chef yang handal kerana mahir membuar rempah untuk digaul dengan ayam setelah begitu tenang memasukkan cili boh, asal boi serta beberapa ramuan lain. Tetapi beliau menafikan dan mendakwa semua ramuan tersebut diadun secara rambang. Setelah siap dipanggang, 6 orang manusia lapar terus menjamu makanan tersebut. Ayam itu sangat pedas. Terima kasih Zeri. Tetapi ikan hasil tangkapan kami antara menu jelingan utama. Ikan panggang yang segar baru ditangkap seperti dibaham piranha. Lebih2 lagi Hekal yang gembira kerana dapat makan banyak. Kenyang. Setelah siap solat subuh, kami tidur di atas pasir di tepian pantai.

Pada pagi dalam jam 8, kami bangun dan mandi laut. Jangan salah tafsir kerana tempat tumpuan pelancong adalah di Teluk Nipah iaitu beberapa kilometer dari kawasan kami. Oleh itu tidak hairanlah mengapa tidak seorang pun kelibat pelancong di kawasan tersebut. Tempat mengail tadi pun jangan haraplah batang hidung manusia menjenguk. Hanya ada bot pelaut dan nelayan yang turun ke tengah laut dalam pada sekitar 1 pagi. Semasa mandi manda, jimi sekali lagi menggila kerana hanya berkain pelikat semasa berenang. Dan tanpa segan silu menanggalkan pelikat di dalam air untuk menggoda kami. Nasib baik la kau lincah di dalam air, kalau tak memang dah lama gambar kau diabadikan di dalam blog ini. Mandi dan gosok gigi dengan air laut sahaja. Muka masing2 tak ubah seperti nelayan.

Sekitar pukul 12, kami bersiap untuk pulang ke jeti dan sempat singgah sementara ke Teluk Nipah. Memang situ dipenuhi dengan pelancong sama ada tempatan atau asing. Tetapi sayang. Minat kami lebih ke arah minoriti manusia di sana. Keindahan alam mungkin tidak boleh dibandingkan dengan perasaan ketika umpan diragut ikan tatkala berjaya menaikkannya ke darat. Zeri berjaya menaikkan guni setelah kecoh dengan umpan candat sotong yang tiba2 berat dan joran beliau yang bengkok seperti mengenai sotong yang sebesar 1 meter. Terbaik. Dalam pukul 3 kami menaiki feri dan terus ke Lumut. Percutian berakhir.

Mungkin post kali ini tidak memberi sebarang makna kepada sesiapa namun pengalaman bersama2 kawan sekolah yang jarang berjumpa kemudian disatukan kembali amat memberi kesan. Banyak cerita2 dikongsi. Perasaan tidak ubah seperti di zaman sekolah yang lalu. Walaupun 5 orang di antara kami menuntut di kampus yang sama. Namun, dek kerana pengambilan, course, serta kolej kediaman yang berlainan kami jarang bertemu antara satu sama lain. Aku menitis sedikit air mata bukan kerana bacul atau pondan. Tetapi setelah lama tidak bertemu sejak spm 2005, kali ini pertemuan dijalankan dengan pelbagai aktiviti bersama. Sekian. Wassalam. Di bawah ini turut disediakan montaj kami di Pangkor.

p/s - oppss. tu sparkling je okek
p/ss - dan main royal je. x bjudi~

Entri berkaitan

48 Comments

skinFebruary 24th, 2009 at 1:33 pm

hahahha.. style2.. adess.. sedeyh pulok.. hahaha

[Reply]

paliFebruary 24th, 2009 at 2:35 pm

pergh! mak ai ayat2 dier,terbaeks2 hahaha….

[Reply]

crescentFebruary 24th, 2009 at 2:44 pm

panjang..malas nk baca..haha

crescent’s last blog post..Tag Ilmiah kunun..

[Reply]

haiqalFebruary 24th, 2009 at 3:04 pm

haha. come ye aku

[Reply]

ubeyFebruary 24th, 2009 at 3:04 pm

hahaha. xpe zeri. next time kite plan tempat lain pulop

[Reply]

ubeyFebruary 24th, 2009 at 3:15 pm

haha. puah ati boh. seje nulis saje

[Reply]

ubeyFebruary 24th, 2009 at 3:18 pm

nk summary ke? haha. ko wt phtu ak blanje ko

[Reply]

ubeyFebruary 24th, 2009 at 3:19 pm

mu mmg come heka

[Reply]

crescentFebruary 24th, 2009 at 4:11 pm

x kose aku nk summary semata2 nk suh ko blanje.. :shock:

crescent’s last blog post..Tag Ilmiah kunun..

[Reply]

ZARA ?? [???~]February 24th, 2009 at 4:21 pm

Beb!!

Best lah ko..

Ubey sombong la dengan aku skang…

eh..tu

[Reply]

ubeyFebruary 24th, 2009 at 4:53 pm

alaa. dekut ye. cmni ke guru. ank murid nk mnta tlg

[Reply]

ubeyFebruary 24th, 2009 at 5:04 pm

hehe. bes la sket2. dah ko selalu invi. nk lyn cmne dol. ape yg eh.. tuu?

[Reply]

kak farahFebruary 24th, 2009 at 5:54 pm

xjemput akak pun. ni nk merajuk ni :cry:

kak farah’s last blog post..Emo fashion - -

[Reply]

crescentFebruary 24th, 2009 at 11:22 pm

murid!
cikgu nak kamu summary ini karangan..
xlebih 250 perkataan okeh?
haha

crescent’s last blog post..Tag Ilmiah kunun..

[Reply]

skinFebruary 25th, 2009 at 2:46 am

haiqal sangat comel lol… hahahahah

[Reply]

skinFebruary 25th, 2009 at 2:59 am

::awas kawasan kerja-kerja KONTRAKTOR JKR::
Pulau Pangkor kini ditutup sementara ekoran jalan utama di sekeliling pulau dikhuatiri merbahaya dan boleh membawa maut kepada pengguna jalan raya. menurut kontraktor malaysia ,Mohamad Fazli ,”jalan berbukit amat merbahaya kepada pemandu jalan raya serta memberikan trek perlumbaan motosikal yang mencabar keimanan dan ketaqwaan seorang pelumba motosikal jalanan, oleh kerana demikian, bukit perlu ditebuk untuk memudahkan pergerakan lalu lintas di kawasan pulau”. Beliau dengan cekal memulakan projek membuat terowong di kilometer 5 Pulau Pangkor dengan menggunakan pahat dan tukul sahaja. kata beliau, terowong yang kemas serta kukuh perlu dimulakan dengan tukul dan pahat sahaja kerana bagi beliau tukul dan pahat lebih seni dan halus ukiran nya bersesuaian dengan piawaian ISO 9002. berdasarkan pengiraan beliau, berserta dorongan dan semangat dari rakan sepersekolahan, beliau mampu menyiapkan terowong ini dalam masa 20tahun sahaja.

[Reply]

paliFebruary 25th, 2009 at 3:17 am

hola2, kutuk la bebenor.satgi betul ade trowong,tggu la ak kutuk balik,hahaha. Huk aler,betulla, br ak prasan,ekal mmg nmpak comel,ahaks

[Reply]

AdryFebruary 25th, 2009 at 7:18 am

walaupun tak ramai join reunion tu pun takperr kan… janji korang happy… lain kali plan betul betul la… plan lebih awal supaya ramai yang ble pergi… hhehehe

Adry’s last blog post..Kain murah???

[Reply]

naqiahFebruary 25th, 2009 at 9:50 am

wah! ado namo aku~
ngeh2.
aku menolak dgn halus ke,
mg xajop?
hmm~
ade kekonfiusan d ctu.
best2, cte mg~

[Reply]

skinFebruary 25th, 2009 at 11:47 am

bile dah kene kutuk tu, jgn la ubah ke ekal pulok.. amende dose ekal

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 11:50 am

haha. ko da lupe ke? gune bahasa isyarat

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 11:57 am

lek kak. haha. percutian ni mcm boy only je. nti kite wt yg formal2. ktie jemput semua. lbey2 kak fara

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 12:02 pm

teramat comey~

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 12:45 pm

hahahaha. meh ak amk gambo pali ngn gaye fotographer tu. natang ape kontraktor berjaye minum ais kosong. bkn sekali. 2 kali. hahha. blanje member mkn mahal2. tp sdiri baham bende muroh.

tanx dunhill satu katon

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 12:46 pm

hekal x bsaloh. bkpe tbe2 gi kat ye

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 12:48 pm

hehe. tu la mslh. plan beberapa ari b4 event je. tu yg x ramai dpt gi. nti ne sebulan awl lg

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 12:50 pm

hahahahaha. ak x ajok la. sebab org puam xde yg gi. kalu ada jd gi, ak terus call mu suh mai join. ada ni mslh

[Reply]

kak farahFebruary 25th, 2009 at 2:49 pm

hahaha. okeh2. sajo jah :lol:

kak farah’s last blog post..Oh, Happy day! - -

[Reply]

skinFebruary 25th, 2009 at 5:06 pm

xperlu kot ramai2.. 5org da cukup enjoy

[Reply]

skinFebruary 25th, 2009 at 5:10 pm

hahahha.. bodo.. kontraktor malaysia jage kesihatan le.. ekgi kalu oder air mahal2, kene kencing manis ngn daroh tinggi pulok.. mapuh ekgi kontraktor malaysia.. kalu ye mapuh, piyer nok wak trowong kat pangkor?

[Reply]

anonemesFebruary 25th, 2009 at 6:20 pm

panjang. aku pening ni. aku bace esok2

[Reply]

paliFebruary 25th, 2009 at 6:49 pm

0o0o0o0…..time awok mg kutuk ekal xpe,time ak sapot awok mg kutuk ,ak pulok kene,terharu ak…tenqiu r saing2,gini la org panggil sahabat dunia akhirat…..

[Reply]

loqueFebruary 25th, 2009 at 9:15 pm

walaweh…
pangkor!!!
nak pegi nak pegi!

loque’s last blog post..Percutian di Tiara Beach Resort?

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 11:23 pm

haha. nk gi overc ugop

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 11:26 pm

haha. tp kontraktor mesia yg membina terowong di pangkor tetap manusia. kanser paru2 nk elok guane? isap okok puah ati dekpom.

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 11:26 pm

haha. amik hop so pale jek. mudoh sket kije

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 11:27 pm

kk. huhu. sowi wat ko pening~

[Reply]

ubeyFebruary 25th, 2009 at 11:28 pm

dude.. pangkor yg aku pegi tu bukan tempat peranginan langsung. haha. mcm nelayan laut lak

[Reply]

GhOsT_MaRFebruary 26th, 2009 at 4:49 pm

ubey kentang …
best r dpt tido kt tepi laut …
bln 3 ak nk enjoy morib …
b’mimpi ler ak nk tido kt pantai morib …
sok pg ak hanyut ke indon …
pantai morib landai r …
ms air pasang , x der langsung pantai …
huhuhu
best reunion cenggitu …
ak nih dh baper kali kong reunion …
konon2 lost contact …
kihkihkih

GhOsT_MaR’s last blog post..UnISel …

[Reply]

Sweet ThinkerFebruary 26th, 2009 at 6:48 pm

tade shoutbox tabest. haha

[Reply]

yuzmirMarch 2nd, 2009 at 12:40 am

bile la plak aku nk sampai pangkor…
ubey…ko nak best lagi mancing???
ko datang terengganu…candat pun power…
banyak sotong2 terengganu nunggu ko…

yuzmir’s last blog post..Clickbank boleh buat duit?

[Reply]

ubeyMarch 2nd, 2009 at 1:36 pm

haha. wt je. xyah plan. nti ade yg x jd gi. ble ko nk gi pntai morib? bln ni ek

[Reply]

ubeyMarch 2nd, 2009 at 1:36 pm

haha. padan muke

[Reply]

ubeyMarch 2nd, 2009 at 1:39 pm

kt ne tu ek candat sotong kt terengganu? ak xtau tempat la. klu kenyir tuuu. mmg syok gle la. tp x pnah gi lg

[Reply]

GhOsT_MaRMarch 5th, 2009 at 3:54 pm

ms cuti ry cina …
ak x mndi laut pn …
best dpt tgk cemn air pasang …
ak lepak kt menara kawalan …
mmg ler nmpk sumer …
siap cuci mata gitu …
blk2 ak istighfar …
hahaha …
cuti maulidur rasul ak nk g lg …
tgk r keadaan …
klu ak rs nk mndi , ak mndi r laut tuh …
risau gak parut2 jahit nih kot2 sensitip dgn laut …
waterfall , sungai , laut , air panas …
lm dowh x men sejak accident ri tuh …
rindu nk men …
waterfall & sungai leh lg kot …
tp air panas & laut tuh ak musykil skit …( tetiber ak rs lbh m’nyayangi diri sndr lak )
ko ad idea ???

GhOsT_MaR’s last blog post..Bunyi CMOS …

[Reply]

ubey Reply:

haha. ko gi berendam ngn adik pacaq ko la

[Reply]

Pertzyana DMQApril 24th, 2009 at 6:42 am

huh cemburu plak aku ….aku dah lama nak kembali ke Pulau Pangkor tue..sungguh teruja aku membaca karangan ko…serious! 8O

Pertzyana DMQ’s last blog post..Lambat, Tapi Aku Dapat

[Reply]

ubey Reply:

kah3. karangan pelepas rindu

[Reply]

Leave a comment

Your comment

:1up: :alert: :ban: :beer: :borg: :coffee: :cuckoo: :cuss: :finger: :goombah: :stupid: :megaman: :mad: :pity: :noshake: :oogle: :pacman: :pill: :poison: :poop: :rant: :satansmoking: :shake: :shiftyeyes: :shroom: :sick: :smirk: :spammer: :stfu: :thumbdown: :thumbup: :turtle: :what: :whatever: