My Last Rambling

Esok aku bertolak ke Shah Alam. Laptop bakal dipusakakan kepada adik aku buat sementara. Jadi agak mustahil aku nak update blog. Kalau nak tinggal bersawang sayang gak, takut rugi kempen nuffnang. Tinggal beberapa ringgit untuk aku tunaikan cek yang kedua. Kalau nak permit penulis pun, kurang sesuai rasanya. Harap2 Azah benarkan episod terakhir cerpen beliau disiarkan di blog ini. Haha.

Lega. Siri Mengimbau Kisah mendapat sambutan yang agak positif. Walau hanya 3 siri tetapi masing2 mempunyai mesej yang berlainan. Alhamdulillah. Dapat juga sampai kepada pembaca. Dalam perancangan asal ada 5 siri sepatutnya. Tetapi terpaksa dipendekkan demi menjaga kualiti cerita. Andai terlalu meleret dragging, orang akan hilang mood nak baca. Ada juga blogger2 lain yang turut mencuba penulisan kreatif. Azahamin, Hurul_Aini, Xhackerz, dan Zelo55. Sangat menarik. Tak rugi baca.

Sedar tak sedar rupanya sudah setahun aku menulis blog. Sedikit sebanyak aku perasan akan perubahan ketara jika dibandingkan dengan saat mula2 aku mula berblog; 18 Jun 2008. Entri2 awal hanya beberapa kerat dan merepek. Kemudian disusuli entri BI, konon2 nak variasi bahasa. Entri mencarut2 sikit. Kemudian entri gimik. Share2 apa yang aku tahu sama ada tutor ke, ilmu, berita terbaru. Tag2 dan Award2. Macam rojak. Aku sumbat semuanya.

Kemudian pada satu hari yang penuh keajaiban. Kak Jie ada komen di sini. “Menulis dengan bahasa yang betul“. Sejak itu aku seperti disuntik morfin. Rupa-rupanya penggunaan bahasa aku selama ini teruk. Aku sedar akan kesilapan dan perlahan2 menulis dengan betul. Kurangkan typo2 dan bahasa rojak. Perubahan yang amat susah.

Serius janggal kerana sebelum ini aku biasa menggunakan ayat2 kasar dan menulis ringkas. Banyak ayat tidak dapat digunakan jika menggunakan bahasa baku sepenuhnya. Aku ambil sebagai cabaran dan terus menulis. Makin lama aku sudah biasa dan dapat rasa nikmat menulis baku. Akhirnya aku mengambil keputusan drastik, tidak mahu lagi menulis dalam bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu baku sudah menjadi satu obsesi. Walaupun tidaklah sehebat mana, namun kepuasan menulis sangat2 dirasai. Timbul niat untuk memperkasa bahasa Melayu. Oleh itu aku membuat banyak percubaan menulis dalam pelbagai genre. Artikel, cerpen, drama, santai, serius dan banyak lagi. Cabaran sangat besar sebenarnya. Jika menulis dengan bahasa pasar, kita akan menaip apa yang bermain dihati. Ringan dan mudah dihadam oleh pembaca walaupun panjang. Jika menulis baku, kita cenderung menulis isu berat dan kadang2 membosankan. Satu pilihan yang sukar.

Aku nekad dengan perubahan yang ingin dibawa. Tagline “Radikal dan Anti Populis” bukan sebagai hiasan. Aku cuba menetapkan syarat kepada diri apa yang perlu aku tulis. Gaya apa yang aku patut gunakan. Cuba untuk menongkah arus agar lari daripada klise. Walaupun aku bukan pelajar kesusasteraan atau kewartawanan. Namun aku tetap bercita2 untuk menjadi kolumnis di akhbar2 harian mahupun. Itu antara cita2 aku.

Aku pernah membuat entri2 gimik sebelum ini. Tidak perlu menulis bagai nak rak, hanya letak2 gambar panas atau menulis perkara sensasi. Mudah mendapat sambutan. Tetapi secara peribadi ianya langsung tidak intelek. Blogger sensasi sudah cukup ramai hari ini. Isi kandungan memang menarik. Cuma kurang dari segi kelas pemikiran. Hedonisma.

Seperti yang aku tulis di atas, akhirnya aku nampak hala tuju aku menulis blog. Tiada penetapan khas pada mana entri, yang penting berbahasa Melayu. Lambakan bahasa2 rojak, picisan, sensasi, serta trend menulis dalam bahasa Inggeris harus aku elak. Agak keterlaluan kalau aku mendabik dada sebagai pendekar bahasa. Tapi sebagai kempen kepada blogger2 agar berbahasa dengan betul.

Cukuplah di sini. Aku pun malas nak bebel panjang2. Entah bila aku update pun tak pasti. Kepada komen2 yang belum dibalas atau tidak membuat kunjungan balas, harap maaf. Bukan sombong. Tetapi sibuk menguruskan persediaan2 memasuki semester baru di UiTM Shah Alam. Puas google, akhirnya jumpa blog2 mereka yang bakal menuntut di program yang sama. Segan. Rata2 mereka 9A dan 10A SPM. Barulah aku faham apa itu program Fast Track Accountancy. Ketar lutut aku.

Entri rawak

43 Comments

zulfitry.comJune 25th, 2009 at 4:44 pm

ubey..blog ko xder header ker..tentang penulisan kreatif tuh aku ada gak nak cuba..tapi xder masa ag lah..

[Reply]

ubey Reply:

xde beb. ahha. i x kreatif nk design2. ko try la. ak suke bace. lps wt ko drop url ok. nti ak on9 insya ALlah aku bace

[Reply]

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO Reply:

C U there … insyaAllah !!!

hahaa

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO’s last blog post..LePaS GeRaM …

[Reply]

Naib presiden kelab penyokong ubey2u.com Reply:

penat ak tarik spiderman soh kuor dr sini …
tebal gila babing sawang kt sini …
huhu

HuRuL_AiNiJune 25th, 2009 at 5:00 pm

“radikal & anti populis”

dari mula lagi aku cuba perhati kebenaran header yg ko guna…
hoho…at least baik lg dr aku…..serius, bukan mudah nak tetap berdisiplin dengan matlamat….cayo2….jgn lelama sangat x online….aku baru nak jadi pengunjung setia blog ni….huhu

HuRuL_AiNi’s last blog post..Trackback & Ping?

[Reply]

ubey Reply:

huuu. ko perhati sj ke? patut aku rase cm ade org intai. haha.

ko tlg spamkan blog ak ek.

[Reply]

crescentJune 25th, 2009 at 5:51 pm

haha aku br wat entry pasal bahse pc, pastu kuar plak entry ko nih..haha berlawanan sungguh :))
btw keep it up!

crescent’s last blog post..Text talk

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. xpe kot. ko share ilmu tu. x salah beb

[Reply]

AzahJune 25th, 2009 at 6:12 pm

nak episod akhir letak sini?
haha..
aku pon x tau bila episod akhir bole keluar..
takut time tu ko dah x de..
x kan nak biar readers terkapai2 tunggu episod akhir tnpa tahu bila ko akan kembali..
:pacman:
Azah’s last blog post..Sejauh Mana Setianya Aku (Part 3)

[Reply]

ubey Reply:

hahha. adoi. x sempat la aku bace. kot2 ak kasi ko acc author ke. ko ley update final episod tu ngn bebas. haha. tp takut ko jahanamkan lak

[Reply]

Azah Reply:

haha…
aku biase je..
bab2 menjahanmkan ni mmg pakar…

[Reply]

JieJune 25th, 2009 at 7:17 pm

tahu kenapa perlu menulis dengan betul?

keyword yang datang, semuanya dalam bahasa yang terang dan jelas

amat jarang orang menaip keyword ‘ x tido’ untuk ‘tidak tidur’ - itu rahsia tersembunyi !

Kak Jie juga bukan penulis yang baik, terus terang blog Kak Jie hanya tahap karangan budak sekolah rendah dan kadang2 diselang seli juga dengan beberapa perkataan ‘ anak muda’.

Sungguh terharu kerana entri sebelum bercuti panjang ( bukan yang terakhir ) ini seperti didedikasikan untuk Kak Jie.

Dimana dan apa saja yang akan dilakukan nanti , semoga dipermudahkan Allah dan sentiasa dalam lindunganNya.

Jie’s last blog post..Update Alexa Ranking dan Google Pagerank Blog

[Reply]

ubey Reply:

yup. lepas stat menulis gitu, barulah dapat rasa keyword2 yg masuk. malah sy sdiri kalau search, gune bahasa betul. x sedar pn selame ni

hehe. agak la. Tq kak. pendam lama da. cuma masa ni terbaik nk cite.

[Reply]

HuRuL_AiNi Reply:

urm….betul jugak….baru sedar pasal keyword tu….hihi

HuRuL_AiNi’s last blog post..Trackback & Ping?

[Reply]

cik.erinJune 25th, 2009 at 7:39 pm

dulu pun agak susah nak guna bahasa Melayu dengan betul.
perkataan paling susah nak guna –> DAN!
rasa macam sangat skema.
tapi lama2 ok saja.
lagi selesa macam ni.
semua orang mudah nak faham.

:) :smirk:
cik.erin’s last blog post..Warkah 21 Jun

[Reply]

ubey Reply:

haha. a’a. dan ley gune simbol, xpun gune ‘n’ sahaja.
skema2 pn xpe. kt blog je pn. :1up:

[Reply]

beliamudaJune 25th, 2009 at 7:56 pm

aku sokong penggunaan bahasa yang baetul dalam penulisan blog. walaupun begitu, kadang tak leh nak elak daripada guna bahasa pasar…

~~all the best ubey

beliamuda’s last blog post..Koleksi Kata-Kata Hikmah (1)

[Reply]

ubey Reply:

xley elak. hehe. kadang da jd habit. mcm aku sendiri la. ad gak certain2. apapun. same2 bjaya bro

[Reply]

ZaraJune 25th, 2009 at 8:22 pm

Ubey!!
akan merindui kamu budak kecik!!
Jaga diri baik2~
jangan nakal2~
^__^

[Reply]

ubey Reply:

zara~ ngeee. ko la cikgu ak smpai ble2.

[Reply]

azizan4444June 25th, 2009 at 8:40 pm

skrang ni kira ok dah ko menulis..aku nak komen pon semangat..xde la ringkas sgt perkataan yang ko guna..cm sms tu.hahaha..

slmat berjuang bro…huhu

azizan4444’s last blog post..You Say Aku, Seperti Barbie

[Reply]

ubey Reply:

hehe. ko lg ok. yg ayat2 kasar tu kes lame.. 7-8 bulan lepas. haha. tp utk komen2. ak still gune pasar2

[Reply]

azizan4444 Reply:

aku lg ok?haha..tu bukan aku la..tu la klu nk knl cinta laura..cinta hatiku…muahaaa

[Reply]

si lampu neonJune 25th, 2009 at 11:07 pm

Namun aku tetap bercita2 untuk menjadi kolumnis di akhbar2 harian mahupun. Itu antara cita2 aku.

wah..mane tau satu ari nnt? pehh jgn lupe aku kalo da dapat tempat kat paper harian hehehe..

bahasa yang ko gune mmg mengasyik kan, rajin ko belajar dan berubah. peh..taktau la bile plak waktu aku? hehe..

papehal pon. aku hrp ko rajin stadi dgn mashi ok!

:megaman:
si lampu neon’s last blog post..Wow!! My nuffnang earnings!

[Reply]

ubey Reply:

hahaa. sj ngarut tu. ko da hebat skrg. mse dpn ko lg jauh smart dr aku.

tenkiu babeh. haha. mashi kan pengawas library. ak mesti rajin stdy kt ctu. smbil lyn radio dia

[Reply]

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO Reply:

haip!!!

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO’s last blog post..LePaS GeRaM …

[Reply]

zaimJune 26th, 2009 at 1:31 am

Tagline “Radikal dan Anti Populis”.
Ko ckp nak tulis dalam bahasa melayu baku. Tetapi kenapa ada word TAGLINE? haha. Dalam kita tak sedar. Bahasa kita sebenarnya telah dilacurkan. Tak caya? Bukak kamus dewan bahasa n then tgk berapa byk perkataan omputih di anak angkatkan menjadi bahasa Melayu. :P

zaim’s last blog post..RON 92 VS RON 97

[Reply]

ubey Reply:

tu kata nama khas. Haha. Sebab dpelopori oleh orang putih. Tagline atau Meta Tag, carilah dalam kamus. xkan wujud sbb tu diguna pakai dlm blog sahaja. cikgu aku cakap. bahasa melayu asli da xde. sume pinjaman. ubi, pintu, babi. 3 ni je betul2 made in malaysia. rujuk etimologi

[Reply]

zulfitry.comJune 26th, 2009 at 8:58 am

aku tengah mencuba penulisan kreatif..entry pertama tengah ada kat blog aku skunk..

zulfitry.com’s last blog post..Cinta Baru Bermula (Part 1)

[Reply]

zelo55June 26th, 2009 at 9:07 am

thanks untuk trackback tuh…
baru aku sedar..
betul ape yg ko cakap tu…
bahasa baku mmg mmberi kepuasan dalm penulisan..
tp bagi aku…
aku msih belum besedia untuk berbahasa baku…
speaking jauh sekali…
biarlah rojak dahulu sbelum berubah ke arah bahasa baku…

smpai shah alam kontekla aku…dekat je…
bleh kua minum kopi…ho3

zelo55’s last blog post..Aku Follower Hipokrit. Korang Camane?

[Reply]

ayuJune 26th, 2009 at 6:02 pm

ubai,good luck for ur new life.aku doakan yg baik2 sahaje untukmu bro.muahaha.

ayu’s last blog post..siwa’s wedding.

[Reply]

Fatin PauziJune 26th, 2009 at 7:12 pm

Lor, bwak je la laptop ubey….

Fatin Pauzi’s last blog post..You Are The Master of Your Fate…

[Reply]

hidayahJune 26th, 2009 at 11:08 pm

awak menulis dengan ikhlas ah T______T

[Reply]

Luth TextileJune 27th, 2009 at 2:00 pm

abang suka dik..
jgn tinggal kami semua..

Luth Textile’s last blog post..Kawan Oh Kawan

[Reply]

aloneJune 28th, 2009 at 1:00 am

wuuu. aku enjoy baca tulisan ko! teruskan menulis!

tagline ‘radikal dan anti populis’ tu memang sedap gak. yang penting realisasi :shiftyeyes:

[Reply]

sufiyyahJuly 4th, 2009 at 2:20 am

all the best encik!
:)
selamat belajar.

[Reply]

KujieJuly 5th, 2009 at 6:13 pm

owh…angin bawakan khabar darinya..

hehehe…….

Kujie’s last blog post..Duta kambing

[Reply]

CoklatchipsJuly 13th, 2009 at 5:05 pm

Ko jg ilang lame2 ubey..

[Reply]

ckJuly 17th, 2009 at 10:35 pm

Huhu. ubey..

ck’s last blog post..Gasoline tanker explodes on I-75 north of Detroit

[Reply]

ckJuly 27th, 2009 at 7:01 pm

vaio aku ubey!!!!! :poop:

[Reply]

Roslan NazriJuly 30th, 2009 at 7:41 pm

lame tak singgah blog ubey..em kalo hati tu dah mmg minat kat blogging..ko takkan nyer tinggalkan blog ni..hu3..gud luck bro..

[Reply]

hasniSeptember 5th, 2009 at 9:53 pm

hai ubey
lama xmasuk sini
mujur ada link ubey kat shoutmix saya
ritu,saya nak ubah layout blog
xsedar semua kawan blog da hilang
sedey jgak
tp now da hepi
da dpt menjejak ubey:-)

[Reply]

KujieSeptember 18th, 2009 at 7:58 am

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H untuk Ubey & Keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan Kak Jie yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

[Reply]

Leave a comment

Your comment

:1up: :alert: :ban: :beer: :borg: :coffee: :cuckoo: :cuss: :finger: :goombah: :stupid: :megaman: :mad: :pity: :noshake: :oogle: :pacman: :pill: :poison: :poop: :rant: :satansmoking: :shake: :shiftyeyes: :shroom: :sick: :smirk: :spammer: :stfu: :thumbdown: :thumbup: :turtle: :what: :whatever: