Mengimbau Kisah: Cinta Untuk Ain (1)

ain

Aku masih kurang pasti apakah kategori blog ini sebenarnya. Semasa melawat blog kawan2, ada yang sudah menetapkan kategori blog mereka seterusnya dapat menulis secara teratur. Sama ada tips2 blog, usahawan, diari, isu semasa, maklumat am, dan sebagainya. Puas aku belek arkib, blog aku umpama rojak bercampur sardin. Masam, manis, pedas, dan kurang enak. Aku tersenyum sinis. Rupanya aku jarang bercerita tentang kisah hidup aku. Sesekali aku mengelamun, cuba menjerat sisa memori yang kian hanyut. 15 tahun lepas sepatutnya sudah lupus dari ingatan, tapi bermain2 umpama baru semalam. Satu demi satu ingatan tersusun membentuk suatu nostalgia yang tak ternilai harganya…

23 Ogos 1994. Jam 7:45 pagi.
Hari ini seperti semalam dan hari2 sebelumnya. Rutin seorang kanak2 yang mentah dengan dunia. Masih dipakaikan baju seluar, rambut disikat rapi, muka disapu bedak, malah makan minum pun disuap.  Entah mengapa aku begitu bersemangat di pagi Selasa ini. Tadika pula di belakang rumah sahaja. Jarak hanyalah beberapa puluh meter dari blok Melor 11, ibu sudah dapat mengekori perjalananku ke tadika hanya dengan lirikan mata sahaja. Setelah siap semua kelengkapan, aku segera salam dan mencium tangan ibu. Aku masih ingat lagi pertanyaan ibu ketika itu. “Kenapa awal sangat turun hari ini?”. Aku sekadar tersenyum dan bergegas turun dari tingkat tiga. Sayup2 aku terdengar sahutan ibu, “Jangan banyak main, pergi tadika untuk belajar.”

Jam hampir pukul 8 pagi tetapi batang hidung Cikgu Suraya masih belum kunjung tiba. Sepatutnya kelas sudah bermula namun pintu masih terkunci rapat. Kadang2 kak Zie tukang masak sudah sampai untuk membawa bekalan makanan tengah hari, seronok melayan kerenahnya yang gemar mengusik kanak2. Hari ini sepi. Mega di ufuk timur ditembusi cahaya pagi yang terik menyinari kanak2. Ada yang berdiri menghadap dinding, dan ada yang menutup muka dengan beg sekolah untuk menahan silauan matahari. Aku dan rakan2 yang lain terus meluru ke arah taman permainan di sebelah tadika tersebut. Kami memang sudah merancang sejak kelmarin untuk pergi awal ke tadika hari ini semata2 ingin bermain. Hari ini seperti semalam dan hari2 sebelumnya. Cuma tidak untuk esok.

Kami begitu girang bermain di buaian secara ganas. Berdiri di atas tempat bersandar tatkala buaian dihayun kuat, kemudian melompat ke tanah dengan bergaya. Sorakan, tepukan riang sekaligus memecahkan kesunyian pagi yang langsung tidak ada pengawasan orang dewasa. Selama ini kami dilarang bermain tanpa pemerhatian cikgu, tetapi hari ini semuanya terbalas jua. Tanpa orang2 dewasa, dunia kanak2 lebih bermakna. Pelajar2 perempuan yang bosan menunggu pun kini mengalihkan tumpuan menonton aksi stunt kami. Mumaiz pun belum, apatah lagi baligh. Tetapi apabila perbuatan kami menarik perhatian perempuan, masing2 seolah bertukar personaliti secara spontan. Lebih cool, lebih bergaya, dan lebih ganas.

Kini giliran aku untuk menonjolkan diri. Mata aku melilau ke arah perempuan2 yang sedang memerhatikan gelagat kami. Aku cam satu demi satu wajah mereka; mencari seseorang. yang bernama Ain. Ya. Ain anak pakcik Aziz.. Selama ini di kelas, aku cuba tunjukkan kehebatan diri dengan kebolehan menulis, membaca, bermain plastisin dan sebagainya. Semuanya demi Ain. Walaupun berumur 6 tahun, tapi cinta aku tetap kuat. Rambut nipisnya mencengkam jiwa, beg merah jambunya mempersonakan, pelat Kedahnya mengghairahkan. Dicelah2 kelibat manusia, aku ternampak Ain. Dia sedang mengerling ke arahku. Aku tersipu2 malu dan bersedia melakukan aksi lasak. Aku pasti kali ini dia akan tertawan!

bersambung

  • Ingat mahu wat cerpen, tapi x reti nk bersastera. wat biase2 je la. ni kisah aku zaman kanak2 dlu2.
  • 1st komen aku akan tepek banner beliau di sebelah. saje nk apdet senyap2. nk tgk sape penunggu blog ini.
  • tajuk telah diedit balik. Tenkiu Aisyah

Entri berkaitan

77 Comments

yuzmirMay 16th, 2009 at 4:08 am

huh…kecik2 dah pandai nak bercinta ek???
mude lg ko yek ubey???

yuzmir’s last blog post..Twitter segala-galanya

[Reply]

ubey Reply:

hak3. akceli bukan cinta. cume nk tunjuk best je. thniah 1st komen. :pacman:

[Reply]

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO Reply:

woit … ain ke atie ??? ain pn dak kdh gak kew ??? ak jd p’nunggu setia blog ko ms kt U … kt umah , ak jd p’nunggu setia novel , h/p & incit fauzi … kihkihkih

P/S : ak bengang sbb dh 4 hr g cr kj , sekor malaun pn x nk amek ak kj … blur r x tahu nk wat per dok umah … esk ak g interbiu pizza hut … wish me luck … ak nk kj sbb nk DUIT !!! … hahaha

P/S/S : byk gosip ak dgr ttg ko (gosip dr kkk ko , neo) … per cer ???

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO’s last blog post..SeLaMAT HaRi IbU : AiR TaNgAn …

[Reply]

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO Reply:

woit … ain ke atie ??? ain pn dak kdh gak kew ??? ak jd p’nunggu setia blog ko ms kt U … kt umah , ak jd p’nunggu setia novel , h/p & incit fauzi … kihkihkih

P/S : ak bengang sbb dh 4 hr g cr kj , sekor malaun pn x nk amek ak kj … blur r x tahu nk wat per dok umah … esk ak g interbiu pizza hut … wish me luck … ak nk kj sbb nk DUIT !!! … hahaha

P/S/S : byk gosip ak dgr ttg ko (gosip dr kkk ko , neo) … per cer ???

[Reply]

ubey Reply:

gosip pe nyah? hahaha. kuat la korang gosip2 ni. nk tersedak aku

[Reply]

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO Reply:

biaser r …
km sbg pompuan2 melayu t’akhir , x kn nk hapus kn budaya b’gosip …

hehe

ak dh khatam blog neo tp x nk komen sbb byk sgt commentors der … hehe

so greedy maaa , aiyooo

GhOsT_MaR a.k.a. CiK AnToO’s last blog post..LePaS GeRaM …

aisyahMay 16th, 2009 at 9:46 am

alapak..miss!!
haha..
uuiii..tadika lagi dah pandai nOo..
aku nak suggest tajuk tok entri ni ley??
“Cinta Untuk Ain DAri Ubey”
tapi main tajuk masih “Ibu, anakmju nyesal”
macam chapter aa..tiap chapter, tajuk baru..
agagaga..cadangan jek..

aisyah’s last blog post..13 : Bila Nak Naik Bas Express | Tips

[Reply]

ubey Reply:

alanek… haha. lain hari ada lagi.
poyo je mase tu. haha. aa. tenkiu Aisyah.
da edit tajuk sebab prihatin

[Reply]

KujieMay 16th, 2009 at 11:57 am

cantik susuran karangan ini

mesti dapat A+

[Reply]

ubey Reply:

ish.. hehe. sekolah dulu cikgu x kasi buat karangan cerita

[Reply]

Kreuger Reply:

betoi cakap kak jie… best betoi..
hang dulu SPM dapat berapa weh?
kompom cikgu BM sayang kat hang ni.
kemas gile susun ayat.. hahaha…

cayak ar~

Kreuger’s last blog post..Mohd Ismail & Twitter Merdeka

[Reply]

ubey Reply:

hak3. spm tu kisah lame. ade la beberapa. cikgu BM aku memang kesayangan.

suke cite lucah2. haha. student pompuan senyap je x paham

[Reply]

ainMay 16th, 2009 at 12:21 pm

err..
ingtkan kisah cinta aku..
hahahaha..
rupe2 nye ain aziz..
oo

[Reply]

ubey Reply:

hak3. mane tau kot2 ni zaman kite kecik dlu2. ko duk johor kan

[Reply]

ain Reply:

haha…
yg pastinye aku bkn satu kelas ngan ko la..
dh tentu aku tua dr kau..
lg aku xpenah skolah rndh kt JB..
hahaha…
tp dlm mimpi ade kot..

ain’s last blog post..‘Biol’data @ buku biodata

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. ko ni. jual mahal sgt. ngaku je skola same2. kite ad skandal ke

aloneMay 16th, 2009 at 12:44 pm

aku baru jek nak feeling. Bersambung la pulak :shroom:

[Reply]

ubey Reply:

ak takut tulis panjang2.. kang orang bosan lak. terus scroll komen x bace :spammer:

[Reply]

azizan4444May 16th, 2009 at 12:47 pm

klu x slp aku, pada 23 Ogos 1994. Jam 7:45 pagi ni ak br je sampai kat sekolah..mase tu aku bdk2 darjah 1..hoho..

kecik2 da pandai ke ubey?
huhu

cpt karang part 2..x sabar nak bace..

[Reply]

ubey Reply:

haha. nmpak sgt ko tua setaun dari aku. bkn nk kapel pn. cume sj2 nk tarik perhatian pompuan. bodo gle mse tu. hak3

da ade part2 lain. publish ikut masa

[Reply]

azizan4444 Reply:

kantoi gak aku lebih tua..br nak trick skit td..hahaha..

muda lagi ko ni..hehe

azizan4444’s last blog post..Kekeringan Idea Punca Plagiarism

[Reply]

ubey Reply:

muda setaun. haha. ke nk aku panggil abang azizan?

AzahMay 16th, 2009 at 2:49 pm

aku nye blog tak tersusun…
main hantam je apa yg aku nak tulis…
waaah…sastera la blog ni…
huhu….

[Reply]

ubey Reply:

haha. same la kite. ish. bukan sastera. bahasa bdk sekolah tu. bkn a samad said

[Reply]

crescentMay 16th, 2009 at 3:04 pm

wah, memang berus abes yerk! haha
cinta untuk ain tuu!~ wewitt kecik2 tadika da pandai ek..haha

crescent’s last blog post..Selamat Hari Guru!!!

[Reply]

ubey Reply:

haha. budak2 gatal.. dahla x sunat lagi. :sick: :sick:

[Reply]

izzatMay 16th, 2009 at 5:06 pm

pergh…cayalah ubey…memang kalau buat drama best neh..short video..hhoohoh

[Reply]

ubey Reply:

hooohhoh~ videocam tarak. 3gp je dapat. kah3

[Reply]

sufiyyahMay 16th, 2009 at 5:21 pm

*gelak*

[Reply]

ubey Reply:

*guling*

[Reply]

KhairiLMay 16th, 2009 at 7:22 pm

huhu
aku pun masih lg tercari2 kategori utk blog aku
pakai maen tulis jer bila ada idea

KhairiL’s last blog post..Serupa Tapi Tak Sama

[Reply]

ubey Reply:

huhu. ni pn lepas aku bace entri ko. at least ko byk cite ttg tips2 menulis blog. berguna gile

[Reply]

milimiloMay 17th, 2009 at 6:57 am

memang best teringat zmn kanak2..yg xbest sbb bersambung daa..hoho..
my blog pn xde kategori..campur2.. :)

milimilo’s last blog post..STICKY MODE - announcement # 2

[Reply]

ubey Reply:

hooo~ kalau panjg2. takut buhsan. hik2

[Reply]

Kak TieMay 17th, 2009 at 8:28 am

Amboi……dah pandai nak memikat walaupun masa tadika tika tu….hehe….

[Reply]

ubey Reply:

aaa… hehe. pesan ank laki kak tie tu. jgn gatal2 cm sy. haha

[Reply]

zatiMay 17th, 2009 at 9:52 am

alaa..x saba nk tau nxt story..

[Reply]

ubey Reply:

huuu.. insya Allah akan disambung hari isnin ni

[Reply]

zamzMay 17th, 2009 at 10:47 am

waa seawal tadika ek hehe

zamz’s last blog post..AF7 Final: Sapa Bakal Juara???

[Reply]

ubey Reply:

termenung lame2. tibe teringat kisah ni

[Reply]

si lampu neonMay 17th, 2009 at 11:20 am

aaaaaaaaaaaaa geli2! aku taktahan nak bace lagi hahahahahahah!
:ban: :ban: :ban: :cuss: :finger: :finger: :finger: this post . wakaka
ko lawak gak
the time and date , is it accurate?
what a great long term memory u have ubey, aku tak hengat satu bende pon kissah kanak2 dulu. wakaka.
anyways, walopon poyo, sambung jgn tak sambung!!!
sekarang ni ain tu wujud lagi ke tak? hahaha

[Reply]

ubey Reply:

haha. aku ingat dengan tepat. sebab sesuatu berlaku. yang mengubah hidup aku. sabar je neon~

[Reply]

Active BloggerMay 17th, 2009 at 12:02 pm

haha…Cinta untuk Ain…ingatkan cerita macam yg kat TV3 tu :-)

Active Blogger’s last blog post..Kisah Mat Rempit Yang Melampau

[Reply]

ubey Reply:

haha. Ain tetap Ain. x kisahlah zaman bile pon

[Reply]

AdibMay 17th, 2009 at 3:29 pm

Waaaah, panjangnya nak baca!

[Reply]

AdibMay 17th, 2009 at 3:39 pm

Tapi seronok jugak nak baca. :P

Adib’s last blog post..Exhausted from all the updates

[Reply]

ubey Reply:

sila2. hehe. xnk bace pn xpe. tingal komen pon jadi~

[Reply]

AkiraMay 17th, 2009 at 4:05 pm

hahaha… ubey… sejak ble ko minat org kedah ni?? ahaks…

sambung part 2 cpt…..

adeyh… 3paper lg ni.. mlsnye..

Akira’s last blog post..How Fast Are You?

[Reply]

ubey Reply:

sejak duluu.. haha. loghat itu seksi.

insya Allah. ari Isnin petang aku apdet.

gud luck exm btw. ko kan 3 pointer

[Reply]

Akira Reply:

ow… hahahhaa.. seksi ea….

isnin ptg? arini la… hahahaha

thanx…. 3 pointer pn… sem ni byk men.. hahahha

:spammer:
Akira’s last blog post..How Fast Are You?

[Reply]

ubey Reply:

haha. ko main2. tetap genius aki. bijak gle wooo

zaimMay 17th, 2009 at 6:22 pm

Aku just nak comment 3 benda. :D

1) Ok per tulisan ko. InsyaAllah, boleh dijadikan novel suatu hari nanti.

2) Bahasa kedah menghairahkan? haha. Ramai awek2 kedah masa kini yg bila aku ckp ngn diorang, semua pelat e e e e.haha. Padahal bukan borak dekat KL pun, dekat Aloq Staq jugak.hehe.

3) Bila au baca cerita ni, aku teringat time aku kena jaga kelas darjah 1,time tu aku pengawas darjah 6 n cikgu2 ada meeting. Ada sorang budak laki ni, dia cium sorang budak pompuan ni. Pastu budak pompuan ni menangis. Bila aku tanya dak laki tu, apasal dia cium, dia ckp dia suka ngn budak pompuan tu. Adeii. Sebab taktau nak wat pe, aku wat derk je.(takkan la aku nak g rotan dak tu.) hehe. p/s ntah2 ko pe budak laki tu.haha.

[Reply]

ubey Reply:

huk3

1) Tq bro. hehe.

2) budak2 zaman sekarang. x bangga akan asal usul diorg. kedah, kelantan ke. klu dk luar. pot pet cakap kl. haha. malu kot

3) Hahaha. gile smart. pergh. rosak gle budak2 zmn skrg. haha. siot. aku sanggup jadi laki tu kot. hebat2. ko cium x pompuan tu?

[Reply]

azizan4444 Reply:

ckp kl klu ok xpe..kalau jgn jirik xleh nak tggl..baik jd ore klate la..hahaha

nseb baik aku buke ore klate..ore tanah merah jah..muakaka!

azizan4444’s last blog post..Final Liga Juara-Juara Social Networks: Facebook Benam Myspace 3-1

[Reply]

ubey Reply:

hahaha. sebut jirik, supik, jujuk. mmg org kl tulen. kok lanas

en_meMay 17th, 2009 at 6:54 pm

kategori blog? gasaklarr kanns.. ehehe

[Reply]

ubey Reply:

gasak je. hehe. ad org yg da tentu. ade org x dulik pn nk tulis ape. haha. cm sy

[Reply]

Y n nMay 17th, 2009 at 7:49 pm

ingatkan cite kt tv3 tu wkaka

[Reply]

ubey Reply:

hak3. plagiat tajok~

[Reply]

si lampu neonMay 18th, 2009 at 9:25 am

pergh tajuk tak bleh blah. apekata ain tu ko tambah ‘a’ kat belakang. hahahah jadik name aku!wahahaha :cuckoo: :cuckoo: :cuckoo: :cuckoo: :cuckoo: :borg:
si lampu neon’s last blog post..Happy Gurujees, neo

[Reply]

ubey Reply:

hahahaha. ok. aku amik gmbo2 cun ko. cinta untuk aina

[Reply]

nazraMay 18th, 2009 at 10:14 am

wah boleh buat novel dan juga telenovela ni. sungguh syahdu dan sendu :1up:
nazra’s last blog post..Memasuki bilik itu…….

[Reply]

ubey Reply:

hua3. opera cina pun boleh

[Reply]

EriyzaMay 21st, 2009 at 12:22 pm

Hohoho!
Leh jadik cerpenis nih. :whatever:
Eriyza’s last blog post..Guru Pembina Negara Bangsa

[Reply]

ubey Reply:

hoho. blogger sudey

[Reply]

hasniMay 21st, 2009 at 1:39 pm

owh
br faham.entry mengimbau kisah :tragedi (2) sbnrnya smbngn diz entry
huhu

hasni’s last blog post..this is sticky mode entry

[Reply]

ubey Reply:

huhuhuuu. jolo2. biso hasni

[Reply]

ieshaJune 10th, 2009 at 6:17 pm

kecik pun pandai sume nie? errr…

[Reply]

ubey Reply:

haha. errrr. iesha x pnah ke

[Reply]

ayuJune 11th, 2009 at 4:24 pm

hahaha..sweet la pulaaa…

[Reply]

ubey Reply:

haha. comey gtu kecik2

[Reply]

~ieDa~June 14th, 2009 at 5:23 am

Bile nk kuar Novel nie?? ;) Hehe..

[Reply]

ubey Reply:

hehe. tggu bumi jd segi empat

[Reply]

eyraJune 15th, 2009 at 3:27 pm

;) :thumbup:

[Reply]

ubey Reply:

:poop: :poop:

[Reply]

hasniJune 17th, 2009 at 9:03 am

ubey
wanna be the top anda memg terbaik
uwaaa uwaaa

hasni’s last blog post..this is sticky mode entry

[Reply]

ubey Reply:

uwaaaaa. cepat2. dia akn diupdate bulanan

[Reply]

Leave a comment

Your comment

:1up: :alert: :ban: :beer: :borg: :coffee: :cuckoo: :cuss: :finger: :goombah: :stupid: :megaman: :mad: :pity: :noshake: :oogle: :pacman: :pill: :poison: :poop: :rant: :satansmoking: :shake: :shiftyeyes: :shroom: :sick: :smirk: :spammer: :stfu: :thumbdown: :thumbup: :turtle: :what: :whatever: