Adakah anda syok sendiri?

Program menternak lemak setelah dua minggu bermula masih berjalan seperti biasa, tambahan pula raya Aidiladha yang sudah tentu memberi kesan berlipat kali ganda. Cabaran atau kehidupan?

Bulan Disember adalah sinonim bagi sebilangan besar rakyat Malaysia dan masyarakat di garis khatulistiwa umumnya sebagai cuti sekolah; situasi yang sama dialami oleh mereka di negara beriklim empat musim yang turut menanti cuti musim panas. Mimpi zaman sekolah yang sudah tidak mampu menjadi kenyataan. Fitrah barangkali, rata-rata pelajar sudah pasti ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara namun peluang yang membezakan segalanya. Hehe. Lupakan negara yang tengah bersalji sekarang… Berdiri di atas tapak kaki sendiri dan pandang langit membiru yang sentiasa panas dan hujan setiap tahun.

Cuti yang membosankan. Benda sama yang diulang hampir setiap masa… download movie pada siang hari untuk tontonan tengah malam, rokok, keluar lepak dengan orang yang sama hampir setiap hari, Kbmall, Hayaki, bandar Kota Bharu dsb, main pool (jimat duit, main snooker lambat habis), balik rumah download movie balik untuk tontonan esok pagi. Sepatutnya cuti digunakan untuk elak blog daripada bersawang. Banyak benda ingin ku coret, ingin berkongsi di dalam blog namun pemilihan amat sukar kepada melibatkan prinsip. Blog umpama seni, memerlukan ilham jika genre blog yang anda bawa berbentuk variasi. Melainkan blog anda adalah diari harian, koleksi tag, serta copy paste hasil penulisan orang lain.

Adakah anda syok sendiri? Kita menulis bagai nak rak namun tiada respon dari pembaca. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini memandangkan sejak awal lagi kita sudah lari dari tujuan asal. Sedar atau tidak, blog-blog yang santai sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung. Bahan bacaan yang ringan, kisah artis, gosip sesama blogger, dan contest yang pelbagai sememangnya membawa keunikan tersendiri. Penuh dengan komen, pengunjung dan pada masa yang sama membantu menaikkan traffic. Pada masa yang sama ada yang bergaduh dalam blog, saling mengutuk, dan menggunakan bahasa yang kasar. Penulis tidak mahu menyentuh lanjut isu ini. Cuma apa yang ingin diutarakan adalah kelainan dalam menyampaikan sesuatu . Semoga pengunjung dapat menerima perubahan yang penulis ingin bereksperimentasi ini

Satu fenomena yang amat jelas dimana kecenderungan memilih kawan blogger amat mendukacitakan. Kita melihat blog-blog yang sudah lama bertapak masing-masing mempunyai traffic yang tinggi dan rakan mereka juga turut berada ditahap yang sama. Itu adalah satu situasi sihat kerana mereka berhempas pulas sejak awal penubuhan sehingga hari ini. Namun yang menjadi bahan ketawa apabila ada yang mahu popular dengan cepat. Blog yang baru lahir sepatutnya mempunyai motivasi mahu menongkah arus sebaliknya turut hanyut bersama-sama blog yang bergenre serupa. Mereka rakus mengejar traffic namun tidak mempunyai asset.

Sabarlah wahai kawan2. Slow and Steady. Hehe. Hak individu itu sendiri untuk mencorakkan blog. Namun persoalan utama, apakah nilai blog kita? J

P/s - ntah sape la yang rekomen Mamak Spicy kt kb. adoiii!!!! x bes langsung. dhla pekerja bangla, bkn mamak. kedai pn decorate cm ala melayu. owner pn melayu, asal Gua Musang. lalala~ cume roti kosong mmg sedap

dsc00060

ayayai~
dsc00077
bosan2 blah~
mmm
sepam yang berpam2~

Entri berkaitan

35 Comments

ubeyDecember 14th, 2008 at 6:32 pm

dengan jujur saya juga syok sendiri semasa menulis. haha

[Reply]

CoklatChipsDecember 14th, 2008 at 9:19 pm

Diorg sume dh beso.Dh tau mnulis dan aku harap diorg boleh brtnggungjawab atas ape yg diorg tulis.

Aku pn syok sendiri tapi aku peduli hape.
Haha.

CoklatChips’s last blog post..Saya Suka Jadi Kuli

[Reply]

CallisterDecember 14th, 2008 at 11:50 pm

hm..tajuk yang agak berat ni bro..
memg susah nk tentukn nilai blog kita sniri..
tapi pada sy ape yang penting adalah tulisan kita original..
dgn adanya pengalamn ia boleh membantu menjadikn blog kita, semakin berkualiti..
ini cume pendapat aku aje..

Callister’s last blog post..Keys and worm

[Reply]

ubeyDecember 15th, 2008 at 1:21 am

haha. dah blog masing2 lantak la nk tulis ape pn.

[Reply]

ubeyDecember 15th, 2008 at 1:23 am

tu la. abaikan ape tanggapan orang lain. hehe. sebab kita tau apa yang kita buat.

[Reply]

sufianDecember 15th, 2008 at 1:25 am

mula2 macam syok sendiri.. lama2 cam seronok lak..

sufian’s last blog post..Pendekkan Website Address Dengan TinyURL

[Reply]

ubeyDecember 15th, 2008 at 2:19 am

:mrgreen: hakikat blogging

[Reply]

payehDecember 15th, 2008 at 2:45 am

demo laen dr yg laen..post2 demo kemah semace..bernas!! :wink:

p/s:mamak spicy bukok cwngn bru kt kok lanas.. :mrgreen:

payeh’s last blog post..Im Back..Sy Kembali…

[Reply]

luthDecember 15th, 2008 at 2:57 am

aku tullis pasal idop..
ada gop kopi2..

luth’s last blog post..Semalam, 13 Desember 2008

[Reply]

ubeyDecember 15th, 2008 at 3:08 am

supo la demo. kelainan tu ado ugop. come!!

p/s: xse doh mamak spicy. haha. frust molek kawe. mantain hayaki ah

[Reply]

ubeyDecember 15th, 2008 at 3:10 am

tu la luth. blog ko pn byk idea2 sendiri. dan datang dari pengalaman ko sendiri. blog adalah medan terbaik utk ko cite sme ni

[Reply]

GhOsT_MaRDecember 15th, 2008 at 4:40 am

ekekek …

cik antoo syok sndr & suka m’moyo kn diri …

GhOsT_MaR’s last blog post..HaNdPhOnE LeR PLaK …

[Reply]

akukopikausiapa?December 15th, 2008 at 7:51 am

aku pun tulis syok sendiri. tidak kesah sangat pon. jika ada orang yang komen. terima kasih banyak. blog aku menceritakan tentang pendapat aku tentang kebanyakan perkara yang selalu dibincangkan bersama rakan-rakan yang lain.

bagi aku komen adalah untuk mengetahui pendapat orang lain tentang isi penulisan kita. macam kita lepak minum. bila ingin kan perbualan serius tentang negara atau kerajaan atau apa-apa. kita lepak dengan kumpulan ni. kalau mahukan perbualan kelakar dan bodoh dengan kumpulan lain. jika tentang artis dan gossip kawan-kawan lain lepak dengna gadis. haha.

dan pastinya orang yang lepak minum sekali ingin menyuarakan pendapat, berkongsi cerita atau sekurang-kurangnya hanya gelak sahaja. sama seperti komen di blog. tapi yang membezakan. betapa menariknya cerita yang disampaikan oleh kita itu kan?

soalan:
aku yang masih baru dalam dunia blog ini. untuk apa naikkan traffic ni?

akukopikausiapa?’s last blog post..Hari ini 2

[Reply]

KujieDecember 15th, 2008 at 11:01 am

Blog Kak Jie, rojak pesembor dan kadang² ada roti canai, bergantung dengan mood.

Kita bayar hosting dan domain sendiri, kadang² “tak bebas” juga nak menulis- akhirnya macam kerja tak sempurna.

Kelemahan Kak Jie menulis karangan, gagal !

Kujie’s last blog post..Hari Bertemu Pelanggan - Vol 2

[Reply]

ZahirahDecember 15th, 2008 at 3:43 pm

saye plak menulis or publish ape yg terlintas di hati.. org suka, dtgla blog sy. tak suka, tak apa. iya, memang best bila tgk byk trafik kat blog kita tp kalo x byk pon, x apa. sbb motif sy mmg buat blog utk suka-suka & diri sendiri, bkn nak kejar populariti di alam maya. But, untung ada ramai kwn di blog, boleh kongsi mcm2..tp nak kwn ramai, kena la slalu keep in touch kan..peace~ :grin:

Zahirah’s last blog post..Piccies Jalan-Jalan

[Reply]

lampu ooo lampiDecember 15th, 2008 at 10:44 pm

apesal ko cam emo sal traffic wey?cam poyo lak ko ni. ape yang yang penting sgt?hahahah lawak ah ko ni :lol: :lol:

[Reply]

Sweet ThinkerDecember 15th, 2008 at 11:46 pm

huish. mu survey mano bangla tuh? test teh tarik bangla kor? hahah. x raso cam teh tarik spender mamak? kekekke :p

Sweet Thinker’s last blog post..Persahabatan Di Salah Erti

[Reply]

ubeyDecember 16th, 2008 at 12:02 am

sama la saya abang ubey

[Reply]

ubeyDecember 16th, 2008 at 12:30 am

haha. lepak dengan gadis2 lebih ke arah mengumpat lak. tapi sukar untuk mendekati kumpulan yang berbagai dalam satu masa. Interest yang berlainan, gaya yang berlainan. Kadang2 kita terpaksa hipokrit, kadang2 terpaksa tulus, kadang2 kene menipu.

jawapan:
selamat melawan arus. aku doakan kau survive, semoga kita berjalan seiringan

[Reply]

ubeyDecember 16th, 2008 at 12:35 am

Blog Kak Jie sudah ada tema sendiri. Hidup biar sedap. sudah tentu nikmat kelazatannya.

A’ah. ramai yang cakap berhosting sendiri memberi kebebasan berkarya. tetapi masih ada burden yg mengganggu karya kita.

Kelebihan Kak Jie, ramai kawan!

[Reply]

ubeyDecember 16th, 2008 at 12:44 am

hehe. a’ah. kene buat baik dgn orang, baru orang balas baik gak. well. normal bagi semua. sekurangnya ingin blog dilawati orang lain. hehe. cuma mencari populariti tu agak keterlaluan la. peace~

[Reply]

ubeyDecember 16th, 2008 at 12:52 am

kalau x bace smpai abes jangan la komen. takut pengunjung cni gelakkan ko. bace dan faham. tulisan ak ni berat untuk dibaca sepintas lalu

[Reply]

ubeyDecember 16th, 2008 at 12:53 am

hahaha. x survey eh. tgk dpn mato. ini bukan mamak!!! ini bangla!!! hahaha. bangla hop kijo kt tesco KB. ado meh. tp teh tarik spender mamak mmg sdp

[Reply]

IZLAINIDecember 16th, 2008 at 10:13 am

:cool:

IZLAINI’s last blog post..ZAMAN SEKOLAH DULU DULU

[Reply]

cherrywineDecember 16th, 2008 at 6:05 pm

salam ubey. keep on writing! mmg berbakat besar dalam penulisan. bukan mudah nak hasilkan tulisan yang berat tapi tidak membosankan.

p/s - byk sgt kak baca, pening mata. ahaks. pulang ofis dulu ya

[Reply]

cAcEn86December 17th, 2008 at 12:32 am

huhuh…yerp..berblog secare santai are much more better..tulis ape yg kite mau,ape yg kite nak..bkn nyer tulis semate2 utk puaskn ati pihak lain..for me,i dunt even care if others hates my blog..so what..it blog ku..itu tmpt ku meluah…ececeh… :roll:

cAcEn86’s last blog post..::: Sorry Oja :::

[Reply]

ubeyDecember 17th, 2008 at 1:19 am

ish.. saya merapu je. banyak lagi blog yang bes2. anyway time kasih la kak. hehe.

[Reply]

ubeyDecember 17th, 2008 at 1:30 am

hehe. sebab tu genre blog amat luas. pilihan terletak di tangan masing2. cuma kita tiada hak untuk perlekeh blong lain. hormat kelainan yang wujud dalam blog. baru rancak

[Reply]

ratu saljuDecember 17th, 2008 at 7:04 pm

daku juga sgt suka sy0k menyendiri…wakakkaka :evil:

ratu salju’s last blog post..bErlaGak BaguSz!

[Reply]

ubeyDecember 17th, 2008 at 11:37 pm

hahaha. aku pon kadang2 nikmat sorang2 ble syok blog

[Reply]

lampu neonDecember 18th, 2008 at 12:46 am

aku bace la. and ko tulis pasal orang syok seniri berblogging. mcam kat post2 sebelum ni je , same kot?ko poyo…lalalalalaaa :razz:

lampu neon’s last blog post..Aku pregnant?

[Reply]

ubeyDecember 18th, 2008 at 3:09 pm

haha. kejam… cube tengok komen 1st tu. semua orang syok sendiri wt blog. kita bukan penulis blog politik nk satisfy reader sahaja. hahahah

[Reply]

aqmaal IsmailDecember 19th, 2008 at 12:39 am

aku juga blogger yang syok sendiri :razz: traffic, kenapa perlu tinggi? pentingkah?

aqmaal Ismail’s last blog post..88th entry: I just..

[Reply]

ubeyDecember 19th, 2008 at 1:36 am

hehe. bagi sesetengah orang amat penting. aku pn amik tau gak pasal traffic cuma xnak over sgt la. setakat amk tau je. x lebih dr tu

[Reply]

hasniMay 21st, 2009 at 2:24 pm

kat mana ni?
nk g tgk
kbtln aku kat kb ni
hehe
aku nk tgk jek
sbb ubey da kata xsodap

hasni’s last blog post..this is sticky mode entry

[Reply]

Leave a comment

Your comment

:1up: :alert: :ban: :beer: :borg: :coffee: :cuckoo: :cuss: :finger: :goombah: :stupid: :megaman: :mad: :pity: :noshake: :oogle: :pacman: :pill: :poison: :poop: :rant: :satansmoking: :shake: :shiftyeyes: :shroom: :sick: :smirk: :spammer: :stfu: :thumbdown: :thumbup: :turtle: :what: :whatever: